awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selamat tinggal, Pikachu ...

Faida Rahim
Faida Rahim
17/12/2022
08:36 MYT
Selamat tinggal, Pikachu ...
Watak Pokemon muncul dalam permainan video untuk Nintendo's Gameboy pada tahun 1996, melahirkan francais sekaligus menyaingi "Star Wars" dan "Harry Potter" yang menjadi kegilaan kanak-kanak di seluruh dunia.- Sumber foto UNSPLASH/NICE
TOKYO: Selamat tinggal, Pikachu!
Anda pasti tertanya-tanya mengapa?
Mulai 2023, watak ikonik Pokemon kembali menemui peminat, namun tanpa kehadiran bintang terbesarnya, Pikachu yang mengucapkan selamat tinggal selepas 25 musim pengembaraan.
Memetik laporan Manila Times, siri animasi Jepun popular ini mengetengahkan watak tikus eletrik ceria, Pikachu dan jurulatihnya, Ash Ketchum bertarung dengan watak Pokemon lain sejak 1997.
Tetapi setelah memenangi "Siri Pertabalan Dunia Pokemon," pengembaraan seterusnya akan memberi tumpuan kepada watak baharu bernama Liko dan Roy.
“Ia mewakili segalanya yang peminat suka tentang animasi Pokemon, termasuk aksi, pengembaraan, persahabatan dan Pokemon," kata pencipta Pokemon, Satoshi Tajiri.
Watak Pokemon muncul dalam permainan video untuk Nintendo's Gameboy pada tahun 1996, melahirkan francais sekaligus menyaingi Star Wars dan Harry Potter yang menjadi kegilaan kanak-kanak di seluruh dunia.
Pokemon Go merupakan permainan mudah alih yang menggunakan geolokasi dan realiti tambahan untuk meletakkan watak di lokasi dunia sebenar berjaya mencipta fenomena.
Permainan video terbaharu untuk Nintendo Switch, Scarlet dan Purple, terjual lebih daripada 10 juta salinan sejak dilancarkan pada akhir November.
Topic Berkaitan
#Pokemon GO
#Pikachu
#Satoshi Tajiri
#watak animasi Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan