awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selebriti tidak endahkan memo di Grammy

AFP
AFP
11/02/2013
04:10 MYT
Selebriti tidak endahkan memo di Grammy
Rangkaian televisyen AS, CBS telah pun mengeluarkan amaran agar tidak berpakaian yang mendedahkan pada anugerah Grammy ini, namun begitu sebilangan bintang ternama ini dilihat bagai sengaja melanggar amaran dengan memakai gaun yang mendedahkan di acara karpet merah majlis tersebut.
Jennifer Lopez dilihat menolak tepi kod berpakaian yang telah ditetapkan dengan memakai gaun hitam yang seksi yang mendedahkan sebelah kakinya.
“Mereka tidak menyebut apa-apa tentang kaki” jawabnya ketika ditanya oleh pengacara karpet merah, Ryan Seacrest.
Sebelum itu, CBS telah pun menghantar emel peringatan kepada semua media mengenai kod berpakaian ke anugerah Grammy. Menurut emel tersebut, bahagian punggung dan payudara wanita perlu ditutup sepenuhnya.
“Pakaian yang jenis Thong (ala pakaian dalam) tidak dibenarkan. Elakkan berpakaian yang menjolok mata yang mendedahkan punggung” Kata isi surat dari Jabatan Latihan dan Piawaian CBS kepada semua wakil-wakil artis.
Antara isi surat itu lagi “Pakaian yang mendedahkan sisi tepi, bawah lengkungan payudara juga tidak dibenarkan. Sila elakkan pakaian jarang yang menonjolkan payudara wanita”
Katy Perry sememangnya tidak mendapat memo tersebut bila dia dilihat memakai gaun hijau pudina yang menutup seluruh tubuhnya namun tidak sebahagian payudaranya.
Rihanna pula memakai gaun jarang merah yang direka oleh Azzedine Alaia yang jelas menampakkan payudaranya.
Artis pop Taylor Swift bergemerlapan dengan gaun putih oleh pereka J. Mendel yang mendedah lurah dadanya.
Pada persembahan pembukaan pula, Swift memakai kostum ‘Ringmaster’ dengan seluar pendek dan kasut but tinggi, tiada bahagian menjolok mata didedahkan.
Pemenang Oscar, Nicole Kidman turut datang menemani suaminya Keith Urban, memakan gaun emas Vera Wang yang jarang dibahagian kaki begitu juga Carrie Underwood yang dilihat memakai gaun tanpa lengan dari pereka Roberto Cavalli yang juga jarang di bahagian kaki.
Adele, pemenang enam anugerah Grammy tahun lepas, dilihat antara yang mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Dia memakan gaun merah floral pendek paras lutut oleh pereka Valentino.
Topic Berkaitan
#Anugerah Grammy
#CBS
#Jennifer Lopez
#Rihanna
#Ryan Seacrest
#Taylor Swift
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan