PENANTIAN peminat selama 10 tahun akhirnya menjadi kenyataan selepas kumpulan pop rock popular Korea Selatan CNBLUE bakal kembali ke Malaysia April ini.
Kehadiran CNBLUE bagi menjayakan konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur ini adalah atas usaha Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment selaku penganjur bersama.
Gabungan nama band dengan perkataan "identity", CNBLUENTITY adalah untuk menggambarkan identiti trio tersebut.
CNBLUE yang dianggotai oleh Yonghwa sebagai vokalis utama dan gitar, pemain dram Minhyuk serta Jungshin sebagai pemain bass memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment.
Antara lagu-lagu popular yang dinyanyikan mereka adalah I'm a Loner, I'm Sorry, Love and Can't Stop dan banyak lagi.
Konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur akan berlangsung pada Sabtu, 20 April bertempat di Mega Star Arena, KL, jam 8 malam.
Tiket juga sudah mula dijual dan boleh dibeli melalui www.ticketingtix.com.
Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM798 (zon BOICE), RM698 (zon THEN), RM598 (zon NOW), RM398 (zon FOREVER).
Terdahulu, sepanjang kerjaya mereka, CNBLUE telah merakamkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan bahasa lain dengan diskografi yang merangkumi 11 album studio, 14 album mini (EP), 33 single dan tiga album kompilasi.
Band ini telah menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.
Selain muzik, ketiga-tiga ahli itu juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering muncul dalam K-drama.
Yonghwa melakonkan watak utama dalam drama komedi Brain Works pada tahun 2023, Minhyuk membintangi drama popular Celebrity tahun lepas, manakala Jungshin pula memainkan peranan utama dalam komedi percintaan Sh**ting Stars pada tahun 2022. -Gempak
Gempak
Mon Feb 26 2024
Konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur akan berlangsung pada Sabtu, 20 April bertempat di Mega Star Arena, KL, jam 8 malam. -Gempak
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Selepas 10 tahun, akhirnya CNBLUE kembali ke Malaysia
Konsert 2024 CNBLUE Live -CNBLUENTITY- in Kuala Lumpur akan berlangsung pada Sabtu, 20 April bertempat di Mega Star Arena, KL, jam 8 malam.
Yong Hwa mengaku dapat 'layanan istimewa'
Penyanyi kumpulan K-Pop CNBlue, Jung Yong-hwa mengaku mendapat layanan istimewa dari Universiti Kyung Hee.