awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau

Bernama
Bernama
16/05/2024
14:53 MYT
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
LGM untuk GMM 20 naik 0.5 sen kepada 775.50 sen sekilogram (kg), manakala susu getah pukal menokok 1.5 sen kepada 727.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi menjejaki aliran meningkat dalam pasaran hadapan getah serantau ditambah dengan kenaikan harga minyak mentah.
Peniaga berkata sentimen pasaran juga didorong apabila data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan meningkatkan harapan untuk pengurangan kadar faedah.
"Namun begitu, kenaikan seterusnya telah dikekang oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS ditambah dengan ketegangan geopolitik Timur Tengah yang berterusan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat bagi sesi keempat pada Khamis dalam keadaan kebimbangan cuaca di negara pengeluar utama, Thailand walaupun yen yang lebih kukuh mengehadkan kenaikan.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik 0.5 sen kepada 775.50 sen sekilogram (kg), manakala susu getah pukal menokok 1.5 sen kepada 727.5 sen sekilogram.
Sementara itu, pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#susu getah
#pengeluar utama
#dalam pasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan