PENYANYI Korea, Kim Jae Joong akhirnya kembali ke Malaysia selepas 12 tahun untuk mengadakan konsert solo pertamanya.
Untuk pengetahuan Jae Joong merupakan artis Korea pertama yang akan mengadakan konsert di Malaysia sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan dua tahun lalu.
Jae Joong mula mencipta nama pada tahun 2003 dengan membuat debut bersama kumpulan TVXQ.
Bagaimanapun pada tahun 2010, Jae Joong telah meninggalkan TVXQ bersama dua anggota lain iaitu Junsu dan Yoo Chun.
Mereka kemudiannya membentuk kumpulan baru yang dikenali sebagai JYJ di bawah naungan C-JeS Entertainment.
Jae Joong bukan sahaja terkenal dengan suaranya yang merdu malah idol lagenda ini juga merupakan seorang pelakon.
Antara siri dibintangi termasuk Protect The Boss, Dr. Jin, Triangle, SPY dan Manhole.
Jae Joong juga aktif dan memiliki kerjaya kukuh di Jepun. Dia kerap adakan siri jelajah, hasilkan album dan menyertai pelbagai rancangan realiti sejak tamat perkhidmatan ketenteraannya pada 2016.
Pada Mac lalu, dia melancarkan lagu Sixth Magnitude Star bersama anggota JYJ, Kim Jun-su untuk drama Jepun Waru Who Said That Working Isn't Cool?
Baru-baru ini C-JeS Entertainment mengumumkan Jae Joong akan memulakan jelajah Asianya dengan konsert pertamanya di Seoul pada 17 dan 18 September.
Tiket boleh dibeli dengan harga RM787, RM687, RM587, RM487, dan RM387 (tidak termasuk yuran pemprosesan RM4) di laman web www.ticketcharge.com.my
Pembelian tiket terhad kepada maksimum enam tiket sahaja dalam setiap transaksi.
Untuk maklumat lanjut mengenai tiket dan konsert terbabit boleh diikuti menerusi Facebook, Instagram dan Twitter rasmi iMe MY.
Konsert Jelajah Asia Kim Jae Joong Asia Tour di Kuala Lumpur 2022 anjuran iMe Malaysia akan berlangsung pada 23 September, 7.30 malam, di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). -Gempak
Gempak
Fri Jun 24 2022
Kim Jae Joong akhirnya kembali ke Malaysia selepas 12 tahun untuk mengadakan konsert solo pertamanya. -Gempak
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lapan aksi pramusim digunakan untuk uji sistem VAR - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan menggunakan lapan aksi pramusim bermula Isnin depan hingga 4 Mei ini untuk menguji sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Selepas 12 tahun, Kim Jae Joong kembali ke Malaysia untuk konsert solo
Selepas 12 Tahun, Kim Jae Joong Akhirnya Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert Solo