awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 18 tahun, My Chemical Romance kembali hiburkan peminat Malaysia

Gempak
Gempak
07/07/2025
06:30 MYT
Selepas 18 tahun, My Chemical Romance kembali hiburkan peminat Malaysia
Konsert My Chemical Romance dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, ibu negara. - Gempak

BAND rock terkenal, My Chemical Romance mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah serantau pada tahun hadapan.

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu hantaran rasmi di akaun Instagram mereka pada Isnin.

Lebih menggembirakan, Malaysia turut dipilih sebagai salah satu lokasi jelajah, di mana konsert dijadualkan berlangsung pada 30 April 2026 bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain Malaysia, negara lain yang turut terpilih dalam siri jelajah tersebut adalah Korea Selatan, Thailand, Singapura dan Indonesia.

My Chemical Romance yang dianggotai oleh Gerard Way (vokalis utama), Mikey Way (Bassist), Ray Toro (Gitar Utama), Frank Lero (Gitar ritma) popular dengan lagu-lagu seperti Welcome to the Black Parade, Helena dan I’m Not Okay (I Promise).

Ringkasan AI
  • Band rock ikonik ini akan mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026, sebagai sebahagian daripada jelajah serantau Long Live The Black Parade selepas 18 tahun tidak tampil di Malaysia.
  • Selain Malaysia, MCR turut akan membuat persembahan di Korea Selatan, Thailand, Singapura, Filipina dan Indonesia dalam siri jelajah Asia Tenggara mereka.
  • Tarikh jualan tiket diumumkan bermula 10 dan 11 Julai 2025, dan peminat dijangka bersaing sengit untuk mendapatkan tempat dalam konsert yang sangat dinanti-nantikan ini.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan sudah tidak sabar menantikan kehadiran band itu ke Malaysia.
MY CHEMICAL ROMANCE SOUTHEAST ASIA 2026 Welcome back to Malaysia! LETSGO! pic.twitter.com/nISpiT0QkQ
— MCR Malaysia (@MCR_Malaysia) July 7, 2025
Terdahulu, My Chemical Romance berkunjung ke Malaysia untuk siri jelajah The Black Parade World Tour pada tahun 2007. -- Gempak
Topic Berkaitan
#My Chemical Romance
#konsert jelajah
#peminat Malaysia
#Welcome To The Black Parade
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan