NEW YORK: Selepas 35 tahun, Phantom of the Opera, pementasan Broadway paling lama berjalan, akan berakhir pada awal 2023.
Naskhah Andrew Lloyd Webber itu akan dipentaskan untuk kali terakhir pada 18 Februari 2023, kata penerbit, Cameron Mackintosh dan The Really Useful Group dalam satu kenyataan pada Jumaat.
"Sebagai penerbit British, ia satu penghormatan yang tiada tandingan untuk mempersembahkan muzikal yang paling lama dipentaskan dalam sejarah Broadway, Phantom of the Opera.
"Fakta bahawa Phantom of the Opera dipentaskan di New York selama hampir 35 tahun adalah sangat mengejutkan saya," kata Mackintosh dalam satu kenyataan.
Sejak mula dipentaskan pada 26 Januari 1988, ia telah dipersembahkan lebih 13,500 kali dan ditonton oleh lebih 19 juta penonton dengan kutipan AS$1.3 bilion, menurut penerbit.
Phantom of the Opera telah memenangi tujuh Anugerah Tony, termasuk muzikal terbaik.
Penerbit berkata pementasan itu juga menjadi sumber pekerjaan terbesar Broadway dalam sejarahnya, dengan kira-kira 6,500 petugas semasa tayangannya.
Di seluruh dunia, ia telah dipersembahkan di hadapan kira-kira 145 juta penonton di 41 negara, dalam 17 bahasa.
Walaupun pementasan di Broadway akan berakhir, ia masih diteruskan di lokasi lain.
Phantom of the Opera merupakan pementasan muzikal yang mahal untuk dikekalkan, dengan set dan kostum yang rumit serta pelakon dan orkestra yang besar.
Anggaran kasar box office juga tidak stabil selepas ia dibuka semula pasca wabak COVID-19.
Ia mengisahkan tentang 'phantom' yang menghantui Rumah Opera di Paris dan jatuh cinta dengan penyanyi soprano muda, Christine. Lagu-lagu yang dipersembahkan merupakan hasil ciptaan Andrew Lloyd Webber termasuk "Masquerade," ″Angel of Music," ″All I Ask of You" dan "The Music of the Night."
Agensi
Sun Sep 18 2022
Naskhah Andrew Lloyd Webber itu akan dipentaskan untuk kali terakhir pada 18 Februari 2023. -Reuters
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.