awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas dituduh zina sampai cerai, Virgoun ditahan pula kerana dadah

Gempak
Gempak
21/06/2024
04:35 MYT
Selepas dituduh zina sampai cerai, Virgoun ditahan pula kerana dadah
Pihak polis belum memberi kenyataan penuh mengenai kronologi penangkapan penyanyi berusia 37 tahun tersebut. - Gempak
HIDUP penyanyi Virgoun nampaknya seperti semakin terumbang ambing.
Selepas kecoh dengan dakwaan curang sehingga melakukan zina sewaktu masih bergelar suami kepada Inara Rusli sehingga akhirnya sah bercerai pada November tahun lalu, Virgoun kembali melalui episod hitam.
Pelantun Surat Cinta Untuk Starla ditangkap polis Jakarta Barat kerana terlibat dengan kes dadah.
“Benar (Virgoun ditangkap terkait dadah),” kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan wakil pihak polis kepada media massa seperti dilaporkan Detik.com.
Namun pihak polis belum memberi kenyataan penuh mengenai kronologi penangkapan penyanyi berusia 37 tahun tersebut.
Selain jenis dadah dan lokasi tangkapan, nama penuh Virgoun juga tidak disebut kecuali menggunakan perkataan V.
“Ya, nama awalnya V,” katanya lagi.
Pihak polis mengatakan sedang melakukan siasatan lanjutan mengenai kes tersebut. - Gempak
Topic Berkaitan
#Virgoun
#Dadah
#penyanyi
#ditangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan