awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas isteri pertama fail cerai, isteri kedua Opick meninggal dunia

Gempak
Gempak
19/03/2018
10:00 MYT
Selepas isteri pertama fail cerai, isteri kedua Opick meninggal dunia
Jenazah Wulan disemadikan di kawasan perkuburan Cakung, Jakarta Timur sebelum solat Zohor tengah hari tadi.
ISTERI kedua kepada penyanyi lagu kerohanian Opick, Wulan Mayasari Hanis Sudiyono, dilaporkan meninggal dunia pada 9 malam tadi.
Menurut rakan Opick, Ustaz Derry Sulaiman, dia mendapat kiriman WhatsApp dari Opick yang memaklumkan isteri keduanya yang berusia 34 tahun itu menghembuskan nafas terakhir akibat kesihatan yang semakin merosot.
Wulan mula menderita sakit selepas mengalami masalah pengguguran kandungan semasa sedang sarat hamil lapan bulan.
Jenazah Wulan telah disemadikan di kawasan perkuburan Cakung, Jakarta Timur sebelum solat Zohor tengah hari tadi.
Sebelum ini, isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum, dilaporkan memfailkan cerai kepada suaminya pada Februari lalu setelah hampir 16 tahun hidup bersama.
BACA: Kecewa dipoligami, isteri pertama Opick fail cerai
Keputusan itu dilakukan selepas Dian dan Opick yang tidak lagi tinggal sebumbung kerana kecewa dengan keputusan Opick untuk berpoligami tanpa izin.
Dian dan Opick telah berkahwin pada 15 Julai 2002 dan dikurniakan enam orang anak.
Sumber: Tribunnews
Topic Berkaitan
#Cakung
#Derry Sulaiman
#Dian Rositaningrum
#Jakarta
#Jakarta Timur
#karier
#meninggal dunia
#Opick
#selebriti
#Trinbunnews
#Wulan Mayasari Hanis Sudiyono
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan