awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas menang di PGA, Green Book merintis kejayaan di Anugerah Akademi 2019

Agensi
Agensi
21/01/2019
02:54 MYT
Selepas menang di PGA, Green Book merintis kejayaan di Anugerah Akademi 2019
Selain dibintangi Mahershala Ali (kanan), Green Book turut dilakonkan oleh Viggo Mortensen (kiri) dan diarahkan Peter Ferrelly. - Foto www.imdb.com
FILEM Green Book lakonan Mahershala Ali disebut-sebut bakal mengungguli Anugerah Akademi ke 91 selepas memenangi filem terbaik di Producers Guild Awards pada Sabtu malam.
Filem itu menewaskan filem A Star is Born, Roma, Bohemian Rhapsody yang bersaing di Anugerah Golden Globes ke 76. Pada Golden Globes lalu, Bohemian Rhapsody menang Filem Terbaik kategori drama manakala Roma dianugerahkan Filem Bahasa Asing Terbaik.
BACA : A Star is Born tewas di tangan Bohemian Rhapsody
Pengiktirafan di Producers Guild Awards bagaikan jaminan awal untuk sesebuah filem untuk dinobatkan sebagai filem terbaik di majlis Oscars. Untuk rekod dalam tempoh 10 tahun ini, kesemua filem yang menang di PGA turut mencatatkan kejayaan di Anugerah Akademi kecuali pada tahun 2016 dan 2017.
Pada 2016 filem The Big Shot yang menang di PGA tewas pada Spotlight di Anugerah Akademi, manakala Moonlight menewaskan La La Land pada tahun 2017.
roducer, Octavia Spencer, Linda Cardellini, Kwame Parker, Green Book. - Foto Instagram
Kemenangan Green Book di Producer Guild Awards bagaikan merintis kemenangan besar di Anugerah Akademi ke 91 pada 24 Februari nanti. - Foto Instagram
Green Book mengisahkan hubungan antara seorang pemain piano keturunan Afrika-Amerika dengan pemandu peribadinya yang berkulit putih yang berasal dari Itali. Selain dibintangi Mahershala Ali, filem ini turut dilakonkan oleh Viggo Mortensen dan diarahkan Peter Ferrelly.
Peter Ferrelly sebelum ini hanya dikenali sebagai pengarah filem komedi Dumb and Dumber ternyata terkejut dengan kemenangan Green Book di PGA.
“Ini kemenangan pertama saya di PGA Awards dan saya pun pertama kali mengetahui tentang PGA Awards”, kata Ferrelly menurut laporan The New York Times.
View this post on Instagram
A post shared by The Producers Guild of America (@producersguild) on
Jan 20, 2019 at 12:20pm PST
Selain Green Book, PGA turut memberi penghargaan pada Spider-Man: Into the Spider-Verse sebagai Filem Animasi Terbaik, siri The Americans sebagai Drama Televisyen Terbaik.
Siri The Assassination of Gianny Versace: American Crime Story memenangi kategori Filem atau Siri Televisyen Terhad Terbaik. Filem Televisyen Terbaik pula dimenangi Fahrenheit 451 terbitan HBO.
Anthony Bourdain yang meninggal dunia kerana bunuh diri tahun lalu turut mendapat penghargaan menerusi rancangan Anthony Bourdain: Parts Unknown yang memenangi rancangan televisyen bukan fiksyen terbaik.
Anugerah Akademi ke 91 bakal berlangsung pada 24 Februari depan. Senarai calon akhir untuk semua kategori akan diumumkan pada Selasa ini, 22 Januari.
Topic Berkaitan
#A Star Is Born
#Anugerah Akademi 91
#Bohemian Rhapsody
#Green Book
#La La Land
#Oscars
#PGA
#Producers Guild Awards
#Roma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan