awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seniwati Neng Yatimah kritikal dalam ICU di Singapura

Bernama
Bernama
18/12/2014
11:29 MYT
Seniwati Neng Yatimah kritikal dalam ICU di Singapura
Seniwati Neng Yatimah (kanan) kritikal dalam ICU di Singapura - Foto WhatsApp
Seniwati era 1940-an dan 1950-an, Neng Yatimah, kini kritikal di Hospital Khoo Teck Phuat di Singapura.
Cucu beliau, Muhammad Rezainuddin Mustapha berkata bekas bintang filem Jalan Ampas itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu sejak malam tadi.
"Doktor memaklumkan berlaku komplikasi kesihatan dan kegagalan buah pinggang disebabkan faktor usia nenek," katanya di sini, Khamis.
Neng Yatimah kini berusia 91 tahun.
Muhammad Rezainuddin, 38, yang juga anak kepada seniman Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, berkata neneknya mengalami sesak nafas di Johor Baharu semasa dalam perjalanan pulang ke Singapura.
Neng Yatimah atau nama sebenarnya Yatimah Ahmad sebelum itu berada di ibu negara ini untuk menghadiri pengebumian Allahyarham Mustapha, 79, yang meninggal dunia akibat penyakit paru-paru di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini, pada Isnin lepas.
Antara filem lakonan Neng Yatimah ialah Seri Mersing, Batu Belah Batu Bertangkup, Lela Satria, Air Mata Duyung, Laila Majnun dan Ibu bersama Seniman Negara Tan Sri P. Ramlee.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Jalan Ampas
#kritikal
#Neng Yatimah
#seniwati
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan