awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sesat? Ean bantu tunjuk jalan melalui aplikasi Waze

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
02/11/2014
13:49 MYT
Sesat? Ean bantu tunjuk jalan melalui aplikasi Waze
Mulai 1 November 2014, para pengguna Waze di Malaysia diberi pilihan untuk memilih suara Ean sebagai pek suara aplikasi Waze.
Ean Nasrun, penyampai The hitz fm Morning Crew merupakan selebriti Malaysia yang pertama dilantik menjadi suara perantara untuk aplikasi navigasi Waze di Malaysia.
Mulai 1 November 2014, para pengguna Waze di Malaysia diberi pilihan untuk memilih suara Ean sebagai pek suara aplikasi Waze, di mana Ean akan membimbing dan menunjukkan arah perjalanan ke destinasi.
“Saya salah seorang peminat fanatik suara-suara selebriti yang mereka gunakan sebelum ini, termasuk Terry Crews dan Kevin Heart. Apabila diberi peluang menggunakan suara saya untuk aplikasi Waze ini, ia bagai impian menjadi kenyataan” kata Ean.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Waze di Malaysia, Amir Mirzaee berkata Waze sentiasa mencari kaedah-kaedah kreatif untuk memberikan pelanggan pengalaman yang menyeronokkan sepanjang berada di dalam kereta.
“Selain mencuit hati para pendengar radio setiap hari, kini Ean dapat menghiburkan para pengguna di samping turut menjadi penunjuk arah mereka di kala perlu," kata Amir.
Pek suara Waze akan disediakan secara percuma pada sistem aplikasi iOS, Android dan peranti telefon pintar Windows.
Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Waze dari stor aplikasi yang tersedia, kemudian pergi ke 'tetapan', pilih 'suara' dan pilih 'English' sebagai bahasa dan pilih 'Ean' untuk suara.
Sebelum ini, Astro Radio telah bekerjasama dengan pihak Waze dalam memberi info lalu lintas kepada pendengar melalui kesemua 9 stesen beroperasi di bawah payung Astro Radio seperti hitz fm, MIX fm, ERA fm, MY FM, LiteFM, SINAR fm, MELODY FM, THR Raaga and THR Gegar.
Maklumat lanjut boleh didapati di waze.hitz.fm.
Topic Berkaitan
#Astro Radio
#Ean Nasrun
#Hits FM
#waze
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan