awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setaraf artis Korea! Ribuan manusia banjiri KLCC untuk bersama pelakon High Council

Gempak
Gempak
28/02/2023
02:00 MYT
Setaraf artis Korea! Ribuan manusia banjiri KLCC untuk bersama pelakon High Council
Ruang legar acara di KLCC dibanjiri ribuan peminat dan begitu padat, sehingga ada yang bertolak di antara mereka, tidak mahu melepaskan peluang bertemu barisan pelakon drama Projek High Council. - Foto Astro GEMPAK
SABTU lalu telah berlangsung acara sesi bertemu peminat bersama barisan pelakon drama yang paling hangat diperkatakan ketika ini iaitu Projek High Council.
Antara barisan pelakon yang hadir pada acara yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur itu ialah Amir Ahnaf, Mierul Aiman, Fazziq Muqris, Naim Daniel dan ramai lagi.
Bagaimanapun apa yang mencuri perhatian adalah sambutan yang diberikan oleh peminat yang hadir ternyata luar biasa.
Ruang legar acara dibanjiri ribuan peminat dan begitu padat sehinggakan ada yang bertolak di antara mereka.
Ini kerana, peminat yang hadir tidak mahu melepaskan peluang untuk bertemu dengan barisan pelakon drama Projek High Council.
Malah, beberapa video turut tular di laman sosial mengenai acara tersebut.
Wahhhh. Project High Council M&G at Suria KLCC. Jarang Suria KLCC meriah camni. pic.twitter.com/exfr0pDjc3
— syafique shuib (@syafique) February 25, 2023
Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak ke laman Twitter, rata-rata wargamaya memuji drama arahan Anwari Ashraf itu selain gembira melihat semangat peminat yang sanggup datang dari jauh untuk melihat pelakon kegemaran mereka.
Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang berseloroh dengan mengatakan sambutan yang diberikan peminat kepada pelakon drama itu setaraf bintang Korea Selatan.
“Lama betul tak nampak artis lokal dapat sambutan ramai macam ni, memang level betul-betul macam artis Korea,” kata seorang netizen.
“KLCC penuh gila weh dengan orang, penangan drama High Council,” ujar seorang wargamaya.
“Memang sumpah ramai orang turun KLCC sebab nak meet and greet pelakon High Council, aku bersyukur dapat turun dan join,” kongsi seorang netizen.
Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand pada 14 Januari atau boleh juga di Astro GO dan saluran linear, Astro Ria saluran 104 bermula 23 Januari, setiap Isnin, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Topic Berkaitan
#High Council
#KLCC
#pelakon drama
#peminat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan