awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seungri dihukum penjara tiga tahun

Agensi
Agensi
12/08/2021
11:33 MYT
Seungri dihukum penjara tiga tahun
Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun didapati bersalah dalam kesemua sembilan pertuduhan terhadapnya. - Gambar fail/AP
BEKAS bintang K-pop Seungri, yang pernah menganggotai kumpulan BigBang, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun pada Khamis atas kesalahan membabitkan pelacuran dan perjudian.
Hukuman tersebut dijatuhkan mahkamah tentera selepas Seungri disiasat berhubung penglibatannya dalam skandal kelab malam Burning Sun di Seoul.
Seungri, atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun didapati bersalah bagi kesemua sembilan pertuduhan terhadapnya, termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.
Selain hukuman penjara, penyanyi itu turut diarahkan membayar denda berjumlah 1.15 bilion won Korea bersamaan dengan RM4.18 juta.
Memetik laporan media tempatan Yonhap, mahkamah memberitahu: “Tertuduh (Seungri) mengatur tawaran seksual buat pelabur asing beberapa kali di samping bersekongkol bersama rakan perniagaannya Yoo In-suk.
“Jenayah yang dilakukannya iaitu mengkomersialkan seks serta melanggar adat tradisional telah mendatangkan bahaya kepada masyarakat.”
Pada Julai lalu, pendakwa raya mahkamah tentera dilapor berkata bahawa Seungri “tidak menunjukkan tanda insaf dan menuding jari kepada orang lain, walaupun setelah mengaut keuntungan daripada kesalahannya”.
Seungri memulakan kariernya sebagai bintang K-pop bersama BigBang pada 2006 sebelum kumpulan tersebut berjaya mencipta nama di pentas antarabangsa.
Dia didaftarkan masuk ke angkatan tentera Korea Selatan tahun lepas selepas berundur daripada BigBang susulan skandal Burning Sun yang menggemparkan seluruh industri hiburan tempatan.
Skandal tersebut menyaksikan beberapa tuduhan besar dilemparkan terhadap penggiat industri hiburan yang berkait dengan kelab malam Burning Sun.
Beberapa penyanyi lain termasuk Jung Joon-young dan Choi Jong-hoon daripada FT Island turut dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan gangguan seksual dan rogol.
Sementara itu, pengasas syarikat pengurusan BigBang iaitu YG Entertainment, Yang Hyun-suk pula disiasat atas penglibatannya dengan skandal Burning Sun serta beberapa tuduhan lain.
Topic Berkaitan
#Seungri
#K Pop
#Korea
#Korea Selatan
#BIGBANG
#Big Bang
#pelacuran
#perjudian
#Burning Sun
#hiburan
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan