awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM mahu seni bela diri silat terus diperkasa
[TERKINI] BN pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan, Naim Moktar menang dengan majoriti besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Rukh Khan larang paparazi rakam gambar anak bongsu

Gempak
Gempak
11/10/2017
00:42 MYT
Shah Rukh Khan larang paparazi rakam gambar anak bongsu
Shah Rukh Khan melarang paparazi atau media merakamkan gambar anaknya di sekolah.
DEMI melihat anak bongsunya, AbRam berusia empat tahun bersekolah seperti kanak-kanak lain, aktor Bollywood Shah Rukh Khan telah melarang paparazi atau media merakamkan gambar anaknya di sekolah.
Menurut India.com, Shah Rukh Khan (SRK) tidak mahu AbRam yang baru sahaja bersekolah terganggu dengan kehadiran lensa kamera.
AbRam kini sudah mula bersekolah di sebuah sekolah di sana iaitu Dhirubhai Ambani International School.
Sekolah itu menjadi pilihan pasangan selebriti di Mumbai dan pengurusan sekolah sudah sedia maklum mengenai keselamatan murid yang belajar di situ.
Anak SRK telah menjadi tumpuan paparazi yang sanggup menunggu di luar sekolah untuk merakamkan gambar AbRam.
Menurut sumber, SRK tak mahu sesiapa merakamkan gambar anaknya di sekolah kerana tidak mahu anaknya itu berasa tertekan.
“Dia mahu anaknya bebas dan seronok di sekolah dengan kawan mereka.
"Lagipun, menurut SRK, paparazi sudah banyak merakam gambar AbRam dan kali ini biarlah dia rasa hidup bebas tanpa menjadi tumpuan kamera.
“Bagaimanapun, SRK tidak kisah jika wajah anaknya dirakam jika mereka berada di mana-mana majlis tetapi bukan di sekolah,” kata sumber itu.
Sumber: India.com
Topic Berkaitan
#AbRam
#Bollywood
#Dhirubhai Ambani International School
#paparazi
#Shah Rukh Khan
#SRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan