awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shaheizy Sam nekad boikot semua entiti terlibat dengan Israel

Gempak
Gempak
01/11/2023
04:32 MYT
Shaheizy Sam nekad boikot semua entiti terlibat dengan Israel
Menurut Sam, langkah itu diambil bagi membantu dalam bersolidariti terhadap rakyat Palestin dan Gaza, selain sebagai ‘kecaman’ terhadap perbuatan kejam rejim zionis. -Gempak
PELAKON Shaheizy Sam mengakui sedang dalam usaha untuk memboikot kesemua syarikat atau sebarang entiti yang terlibat dalam pemberian sumbangan kepada ekonomi dan ketenteraan Israel.
Menurut Sam, langkah itu diambil bagi membantu dalam bersolidariti terhadap rakyat Palestin dan Gaza, selain sebagai ‘kecaman’ terhadap perbuatan kejam rejim zionis.
“Buat masa ini saya sedang dalam usaha untuk memboikot sebarang syarikat yang memberikan bantuan kepada rejim zionis secara langsung atau tidak.
“Ada syarikat tak memberi sumbangan kepada Israel tapi mereka membayar caj tertentu kepada ibu syarikat yang kita sendiri tak tahu ke mana duit itu.
“Kalau saya dengar duit itu disalurkan untuk tujuan kebinasaan, saya akan berhenti beli. Saya ada list produk yang perlu dielakkan, yang ada kena mengena dengan kekejaman Israel.
"Dalam masa sama, saya akan sentiasa kongsi dengan pengikut saya di media sosial,” katanya kepada Gempak.
Sam berkata demikian pada majlis tayangan perdana filem La Luna yang diadakan di ibu kota semalam.
Dalam pada itu, Sam berharap agar masyarakat dapat menyokong barangan buatan tempatan seiring selepas berhasil dengan tindakan memboikot.
"Saya tak kisah kalau tak pakai barangan mewah, janji saya tahu saya buat benda yang betul dan baik.
“Jadi, saya akan terus sokong barangan buatan Malaysia. Dalam masa sama saya berharap agar selepas mendapat sokongan daripada masyarakat, mereka janganlah kedekut dengan kita pula,” katanya lagi. -Gempak
Topic Berkaitan
#rejim Zionis
#Shaheizy Sam
#boikot entiti terlibat Israel
#solidariti terhadap rakyat Palestin dan Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan