FILEM arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Kutipan itu sekali gus membuktikan filem aksi thriller terbitan Skop Productions dan Astro Shaw ini terus mendominasi pawagam-pawagam seluruh negara.
Tak bosan walau dah tonton beberapa kali
Malah menerusi pemerhatian di laman sosial, ramai peminat yang selesai menonton filem ini memberikan maklum balas positif dan memuji jalan cerita disampaikan.
Tidak kurang juga ada yang memaklumkan sudah menonton Sheriff buat kali ketiga dan keempat.
Sheriff dibintangi oleh Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Jangan lupa temui barisan pelakon Sheriff di pawagam-pawagam terpilih sekitar Lembah Klang pada 27 dan 28 April.
SINOPSIS:
Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang melihat masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa.
Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.
Dalam masa yang sama, Sheriff (Zul Ariffin), seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sun Apr 28 2024
Sheriff menampilkan watak Nazri (Syafiq Kyle) iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang melihat masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. - Astro Shaw
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
‘Kes mahkamah ayah saya tidak akan selesai dalam masa terdekat’ - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
MAVCOM batal lesen perkhidmatan udara My Jet
MAVCOM membatalkan lesen perkhidmatan udara (ASL) My Jet Xpress Airlines Sdn Bhd (My Jet) berkuat kuasa 2 Mei 2024.
600,000 pelarian rayu perlindungan, Israel dakwa tiada krisis kemanusiaan
Tentera Zionis bukan sahaja bertindak kejam dengan mengebom bandar di selatan Gaza, Rafah, tetapi juga di bahagian utara dan tengah, yang sebelum ini diisytiharkan kawasan selamat bagi pelarian Palestin.
Tiada perancangan wajibkan pasang 'dashcam' - Loke
Tiada perancangan untuk mewajibkan pemasangan 'dashcam' atau kamera papan pemuka bagi semua kenderaan di negara ini.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Guru
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik atas ilmu dan jasa yang dicurahkan.
Google akan guna AI lindungi telefon pengguna daripada aplikasi berbahaya
GOOGLE hari ini mengumumkan mereka akan memperluaskan lagi penggunaan ciri Play Protect pada peranti Android.
Sheriff: Raih RM55 juta, cipta fenomena tersendiri!
Filem aksi terhebat karya pengarah, Syafiq Yusof, Sheriff kini sudah meraih kutipan RM55 juta!
Filem Sheriff cecah kutipan RM44.5 juta selepas 14 hari tayangan
Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan luar biasa di pawagam meskipun telah memasuki minggu kedua tayangan di seluruh negara dengan meraih kutipan terkini mencecah RM44.5 juta.
Raih RM35.3 juta, Sheriff kini filem No. 1 dengan kutipan tertinggi tahun ini
Kejayaan ini menyaksikan Sheriff mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Sheriff raih RM16.3 juta untuk lima hari tayangan! Yusof Haslam terharu dengan sambutan
Sheriff merupakan terbitan dua penerbit besar tempatan iaitu Skop Productions bersama Astro Shaw.
Kumpul RM11.4 juta selepas 3 hari ditayangkan, Zul Ariffin kongsi cabaran shooting filem Sheriff
Kumpul RM11.4 Juta Selepas 3 Hari Ditayangkan, Zul Ariffin Kongsi Cabaran Shooting Filem Sheriff
Sheriff: Selepas tiga hari, filem arahan Syafiq Yusof raih RM11.4 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti meraih kutipan sebanyak RM11.4 juta dalam tiga hari tayangan dengan satu hari tayangan awal.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Sheriff: Tayangan awal raih lebih RM1 juta
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff telah meraih kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal pada 17 April di pawagam.
'Sheriff' karya paling jujur, janjikan kelainan sisi polis - Yusof Haslam
Yusof Haslam berkata keterbukaan PDRM dengan memberikan 'lampu hijau' dalam pembikinan filem arahan Shafiq Yusof itu telah melancarkan penghasilannya.