awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shila Amzah umum berhenti guna media sosial

Gempak
Gempak
11/09/2023
10:45 MYT
Shila Amzah umum berhenti guna media sosial
Rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan Shila kerana menampakkan bentuk perut penyanyi itu. - Gempak
PERKONGSIAN di Instagram Stories (IG Story) milik penyanyi Shila Amzah yang mengatakan dia mahu berhenti menggunakan sosial media buat sementara waktu menarik perhatian.
Menerusi perkongsian itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia menyifatkan media sosial sebagai platform yang terlalu toksik untuk dirinya.
"Saya akan berhenti bermain media sosial untuk sementara waktu. Ia (media sosial) sudah menjadi tempat yang agak toksik untuk saya.
“So, chow for now. Jaga diri semua orang dan semoga menjalani hari yang baik," tulisnya.
Difahamkan, hantaran tersebut dibuat Shila selepas dia menerima kecaman bertalu-talu daripada netizen susulan baju yang digayakannya ketika tampil membuat persembahan di konsert Hauboom 2023, pada Ahad.
Pada konsert tersebut, pelantun lagu Patah Seribu itu dilihat mengenakan baju kemeja berwarna merah jambu di luar dan t-shirt polos berwarna putih di bahagian dalam.
Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan penampilan tersebut kerana menampakkan bentuk perut penyanyi berusia 33 tahun itu. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Shila Amzah
#media sosial
#Instagram
#toksik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan