awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shuib mohon henti sebar rakaman audio, Siti Sarah masih ditidurkan

Astro Awani
Astro Awani
08/08/2021
11:36 MYT
Shuib mohon henti sebar rakaman audio, Siti Sarah masih ditidurkan
Shuib mohon kerjasama orang ramai agar berhenti daripada menyebarkan rakaman audio antara dua individu yang membincangkan keadaan isterinya, Siti Sarah pada Jumaat lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pelawak dan usahawan, Shuib memohon orang ramai agar henti menyebarkan rakaman suara di media sosial mengenai status kesihatan isterinya, Siti Sarah Raisuddin.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, rakaman audio yang tular itu adalah perbualan antara dua individu yang membincangkan keadaan isterinya pada Jumaat lalu.
Pada hari berkenaan, keadaan kesihatan Siti Sarah sememangnya menurun ekoran jangkitan wabak COVID-19.
Sejak dari hari itu juga, Siti Sarah masih belum sedar selepas ditidurkan kerana tahap oksigen menurun.
"Berkenaan VoiceNote yang viral tentang Siti Sarah, itu adalah keadaan pada hari Jumaat, 6 Ogos.
"Jadi saya mohon hentikan share (kongsi) atau delete (padam) posting (hantaran) tersebut di mana-mana platform media sosial. Keadaan Sarah masih lagi ditidurkan," katanya dalam status terbaharu di laman sosial Instagramnya pada Ahad.
BACA: "Allah hadirkan keajaiban di depan mata saya" - Shuib syukur perkembangan Siti Sarah
BACA: Siti Sarah, Shuib sekeluarga positif COVID-19
BACA: Tahap oksigen menurun, Siti Sarah masuk hospital
View this post on Instagram
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)
Justeru, Shuib berharap semua pihak mendoakan kesembuhan Siti Sarah daripada COVID-19.
"Saya mohon terus mendoakan Sarah diberi kekuatan dan kesembuhan kembalik. Saya juga mendoakan pada semua dilindungi, diberkati dan dirahmati Allah," ujarnya.
Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada Rabu lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dijangkiti COVID-19.
Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.
Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.
Kata Shuib, anak bongsu mereka itu masih ditempatkan di HCTM tetapi sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik.
BACA: Siti Sarah selamat lahirkan bayi keempat melalui pembedahan
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Siti Sarah
#Shuib
#pelawak
#usahawan
#ditidurkan
#media sosial
#laman sosial
#Instagram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan