awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa urus Zamani? Ini kenyataan rasmi penyanyi itu sendiri

Gempak
Gempak
13/12/2018
11:51 MYT
Siapa urus Zamani? Ini kenyataan rasmi penyanyi itu sendiri
Zamani (kanan) membuat kenyataan rasmi berhubung kekeliruan pihak sebenar yang mengurus kariernya.
BINTANG Gegar Vaganza 5 (GV5), Zamani tampil membuat kenyataan rasmi berhubung kekeliruan pihak sebenar yang mengurus kariernya.
Jelas Zamani, kenyataan itu dibuat bagi mengelakkan salah faham pada masa hadapan.
"Terima kasih di atas sokongan dan doa-doa anda selama ini terutama sekali untuk Program Gegar Veganza 5 yang lepas.
"Di sini saya ingin membuat kenyataan rasmi berhubung beberapa perkara agar tidak timbul isu salah faham di masa hadapan.
"Semoga dengan penjelasan saya ini, segala tanda tanya dan desas desus selama ini telah terjawab," katanya menerusi kenyataan media yang dihantar oleh pengurusannya kepada Gempak.
Berikut merupakan tiga perkara yang diperhalusi Zamani menerusi kenyataan media itu:
1. Kerjaya, jadual dan pengurusan saya buat masa ini diuruskan sepenuhnya oleh ZIME Production yang diuruskan bersama-sama dengan ahli keluarga saya serta mengekalkan Aalan Ahmad selaku pengurus saya. Oleh yang demikian sebarang urusan termasuk urusan show dan lain-lain hendaklah dibuat secara terus ke ZIME Production ataupun melalui Aalan Ahmad.
2. ZIME Production juga akan mengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan ‘merchandising’ dan tidak melantik mana-mana pihak ketiga untuk membuat, mencetak ataupun menjual apa-apa ‘merchandise’ berkaitan dengan saya.
3. Buat masa sekarang ini, pihak pengurusan sedang merancang untuk menubuhkan kelab peminat yang rasmi (Zamani Fan Club). Sebarang maklumat akan diberitahu kelak di laman sosial rasmi saya - Facebook: zamani slam official fanpage dan Instagram: zamanislam_official.
Sebelum ini status pengurusan Zamani menjadi tanda tanya apabila bekas pengurusnya, Johan Aziz menyuarakan pandangan agar penyanyi itu menarik diri daripada GV5 apabila gagal menyanyi pada minggu kelima.
Topic Berkaitan
#Gegar Vaganza 5
#GV5
#laman sosial
#Zamani
#Zamani Fan Club
#zamani slam official fanpage
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan