awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Siarkan khabarnya' - Konsert perdana Kunto Aji di Malaysia Ogos ini

Gempak
Gempak
28/07/2022
02:00 MYT
'Siarkan khabarnya' - Konsert perdana Kunto Aji di Malaysia Ogos ini
Kunto Aji dijadual mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam. -Gempak/Instagram
PENYANYI yang mendapat tempat istimewa dalam kalangan peminat, Kunto Aji akhirnya bakal masuk ke Malaysia.
Terima kasih kepada Shiraz Projects yang merealisasikan impian peminat penulis kreatif dan penyanyi penuh rasa yang berasal dari Yogyakarta, Indonesia ke ibu kota.
Kunto Aji dijadualkan mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.
Seperti mana teruja peminatnya, Kunto Aji menerusi kemas kini di akaun Instagramnya mahu khabar kedatangan ke Malaysia dihebahkan.
“Saya datang Malaysia, siarkan khabarnya,” tulis pemilik album Generation Y (2015) dan Mantra Mantra (2018) tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by M Z K U N (@kuntoajiw)
Pemenang Breakthrough Artist of the Year di Indonesian Choice Awards 2015 dan Anugerah Album Terbaik-Terbaik serta Artis Solo Pria/Wanita Alternatif Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2019 itu dijangka membawakan hitnya termasuk "Rehat" dan "Pilu Membiru".
Sementara itu, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects berkata selepas kejayaan Fabulous Friday: Wings, mereka berasa ini merupakan masa yang sesuai untuk menampilkan Kunto Aji yang menjadi kegilaan ramai di Indonesia.
“Kami sangat bersyukur dan teruja dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap Fabulous Friday: Wings yang berlaku dua hari pada Julai lalu.
“Untuk sesi kedua, kami dengan bangganya untuk mempersembahkan Kunto Aji yang kami rasakan sangat sesuai dengan selera dan kehendak para penonton kini.
"Muzik Kunto Aji yang berkualiti dan melodinya yang cukup kuat dirasakan sesuai berkumandang di sebuah tempat berprestij seperti Dewan Filharmonik Kuala Lumpur, “ ujar Shirazdeen Karim, Ketua Pegawai Eskekutif Shiraz Projects.
Tiket-tiket Fabulous Friday: Kunto Aji akan mula dijual bermula hari Khamis, 28 Julai 2022 bermula pukul 10 pagi di www.dfp.com.my.
Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM525 (Meet & Greet), RM325 (diamond) dan RM225 (platinum) untuk menikmati malam tersebut. -Gempak
Topic Berkaitan
#Kunto Aji
#Dewan Filharmonik Petronas
#Shiraz Projects
#Shirazdeen Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan