awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siti Aafiyah jadi penyeri MV Kuasa Cintamu - Siti Nurhaliza

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
01/12/2020
07:43 MYT
Siti Aafiyah jadi penyeri MV Kuasa Cintamu - Siti Nurhaliza
MV rasmi Kuasa Cintamu boleh dilayari di saluran YouTube Siti Nurhaliza bermula jam 9 malam, 1 Disember 2020.
PEMINAT setia penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mungkin masih tidak boleh berganjak dari video muzik (MV) Siapa Tak Mahu yang merupakan salah satu lagu dalam album terbaharunya iaitu #ManifestaSiti2020.
Mana tidaknya, tidak sampai beberapa jam MV yang diarahkan oleh Ghazi Maslan itu dilancarkan, ia berjaya mendapat sejuta tontonan.
Terbaharu, buah hati Malaysia itu melancarkan sebuah lagi MV untuk lagu yang berjudul Kuasa Cintamu ciptaannya sendiri bersama komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw.
Mengulas tentang MV terbaharunya, penyanyi yang popular dengan lagu Aku Bidadari Syurgamu itu menyatakan MV Kuasa Cintamu sangat istimewa kerana anaknya, Siti Aafiyah turut menyerikan MV berkenaan.
''Ini merupakan satu pengalaman baharu buat saya kerana menjayakan penggambaran dalam satu urutan tanpa henti, serta dalam masa yang sama saya harus menukar persalinan dalam masa beberapa saat sahaja.
"Kami mencuba beberapa kali dan akhirnya pihak pengarah mengambil hasil yang terbaik daripada penggambaran tersebut.
"Siti Aafiyah juga turut menyerikan video ini dan saya mendedikasikan video ini buat anakanda saya,’’ katanya dalam satu kenyataan media.
BACA : "Ini barulah kualiti MV untuk living legend" - Peminat teruja tonton video muzik Siti Nurhaliza
BACA : "Ya, saya hamil anak kedua, kandungan berusia empat bulan" - Siti Nurhaliza
Bukan itu sahaja, penyanyi tersebut turut mengumumkan berita gembira bahawa beliau kini sedang hamil anak kedua berusia empat bulan.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
MV rasmi Kuasa Cintamu boleh dilayari di saluran YouTube Siti Nurhaliza bermula jam 9 malam, 1 Disember 2020.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Kuasa Cintamu
#Siti Aafiyah
#Hamil 4 bulan
#Instagram
#YouTube
#Muzik Video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan