awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ya, saya hamil anak kedua, kandungan berusia empat bulan" - Siti Nurhaliza

Saharudin Musthafa
Saharudin Musthafa
01/12/2020
06:44 MYT
"Ya, saya hamil anak kedua, kandungan berusia empat bulan" - Siti Nurhaliza
Wajah terbaharu Siti Nurhaliza yang dirakamkan ketika beliau mengumumkan kehamilan kedua pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Selepas sekian lama berteka-teki mengenai kehamilan kedua, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin mengumumkan bahawa beliau hamil empat bulan.
“Alhamdulillah, benar saya hamil anak kedua,” katanya dalam pengumuman sebentar tadi kepada Astro AWANI dan media lain dalam satu sesi dalam talian.
Ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Siti Nurhaliza, 41, berkata, beliau memilih untuk tidak menghebahkan berita gembira ini lebih awal kerana belum sampai masa yang sesuai.
“Memang benar saya berdiam diri walaupun sudah ramai yang meneka dan membuat spekulasi. Ini kerana keadaan tidak mengizinkan, jadi saya dan suami sepakat untuk ambil masa sedikit.
“Alhamdulillah, ramai yang mendokan dan saya amat gembira dan bersyukur. Doakan kehamilan saya ini selamat sampai saya bersalin dan Insya-Allah dapat lahirkan zuriat yang sihat,’ ujar Siti Nurhaliza yang sebelum ini dikurniakan anak pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.
BACA: Hamil pada usia 40-an agak mencabar - Siti Nurhaliza
BACA: Bakal timang anak lagi tahun depan, Datuk K terima dengan penuh kesyukuran
Diberi kesempatan hamil anak kedua, penyanyi masyhur itu berkata, beliau terbuka untuk menerima kehadiran bayi lelaki atau perempuan.
Sementara itu, pada jam 9 malam ini, para peminat akan dihadiahkan dengan sebuah muzik video baharu iaitu lagu Kuasa Cintamu yang sebelum ini pernah beliau katakan dicipta khas untuk Siti Aafiyah.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#penyanyi
#hamil
#Khalid Jiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan