PENYANYI dan komposer, Aizat Amdan mendedahkan yang dia tidak berapa gemar berkongsi hal peribadi di media sosial, apatah lagi menghabiskan masa mengambil tahu tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di alam maya.
Menurut penyanyi lagu Hanya Kau Yang Mampu itu, dia berasa ‘turn off’ apabila kebanyakan pengguna media sosial menjadikan platform berkenaan sebagai tempat untuk berkongsi kebahagiaan, kekayaan mahupun kedukaan.
“Saya rasa media sosial ni tak berapa elok untuk saya sebab saya rasa apa yang pengguna platform ini lakukan hanyalah berkongsi hal-hal seperti kekayaan, kebahagiaan dan masalah rumah tangga. Saya 'turn off'.
“Jujurnya, saya ada fasa di mana saya tidak akan kongsi apa-apa. Saya tak kisah pun tentang jumlah pengikut. Memang setengah orang pentingkan engagement. Tapi pada akhirnya, saya percaya pada rezeki dan produk saya iaitu muzik,” katanya kepada Gempak.
Aizat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Hotel Ramada, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Aizat menambah, antara sebab lain mengapa dia jarang berkongsi sesuatu di media sosial adalah komen-komen yang diterima mengenai berat badannya.
“Saya pernah berkongsi satu video yang memaparkan saya membuat persembahan di satu festival. Saya berasa tersentuh ketika itu sebab ramai yang datang, maklumlah persembahan terbuka pertama saya selepas pandemik.
“Namun, yang tak bestnya bila komen-komen yang diterima adalah berkenaan berat badan saya, dan hal itu yang dilaporkan oleh akhbar tempatan. Hal itu yang membuatkan saya kecewa,” kata Aizat sambil memberitahu yang dia kini dalam proses menurunkan berat badan dan mungkin akan membuat perkongsian di Instagram mengenai hal-hal berkaitan kesihatan.
Melanjutkan bicara mengenai Pesta Kuantan 188, Aizat berkata, dia berasa cukup terharu kerana dipilih untuk menghiburkan penonton menerusi festival tersebut.
“Saya terharu sebab dipilih untuk sama-sama menghiburkan pengunjung Pesta Kuantan 188. Kalau nak tahu saya nyanyi lagu apa, bolehlah ramai-ramai datang nanti,” katanya.
Pesta Kuantan 188 bakal diadakan selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Julai ini di Menara Kuantan 188, Kuantan, Pahang. - Gempak
Gempak
Tue Jul 18 2023
Aizat Amdan mendedahkan yang dia tidak berapa gemar berkongsi hal peribadi di media sosial, apatah lagi menghabiskan masa mengambil tahu tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di alam maya.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
COVID-19: Tolong duduk di rumah! - Selebriti tempatan ajak rakyat Malaysia prihatin keadaan semasa
Selebriti tanah air ajak rakyat segenap lapisan supaya menuruti gesaan kerajaan agar duduk di rumah bagi membantu bendung COVID-19.