awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Spielberg ketua juri Festival Filem Cannes

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
22:09 MYT
Spielberg ketua juri Festival Filem Cannes
Pengarah terkemuka Hollywood, Steven Spielberg, diumumkan sebagai ketua juri Festival Filem Cannes tahun ini.
Pengumuman itu dibuat hanya beberapa hari selepas filem arahan beliau, Lincoln hanya meraih dua anugerah pada Anugerah Akademi biarpun filem itu mendapat 12 pencalonan.
Festival Filem Cannes akan berlangsung antara 15 hingga 26 Mei ini.
Sebagai ketua juri, Spielberg akan menerajui kumpulan juri yang akan memilih filem terbaik dunia yang layak menerima anugerah Palme d'Or.
Spielberg telah mengarahkan lebih 50 buah filem sepanjang kariernya lebih lima dekad. Antara filem arahannya termasuklah beberapa buah filem yang jadi mercu tanda budaya pop dari Hollywood seperti Jaws, E.T., Indiana Jones dan Jurassic Park.
Tetapi selain filem pecah panggung itu, Spielberg juga mengarahkan beberapa filem drama yang dianggap berseni seperti Schindler's List, The Color Purple dan Munich.
Spielberg menerima anugerah Oscar bagi kategori pengarah terbaik melalui Schindler’s List. Filem itu dipadankan daripada kisah benar seorang peniaga Jerman yang melindungi orang Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.
Festival Filem Cannes dianggap festival paling berprestij di dunia. Ia bermula sejak 1939 tetapi terhenti sementara selama beberapa tahun sebelum dianjurkan setiap tahun tanpa henti sejak 1951.
Topic Berkaitan
#Cannes
#Steven Spielberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan