awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Star Wars keluar 'wang kertas' khas sempena ulang tahun ke-40

APTN
APTN
04/12/2017
23:25 MYT
Star Wars keluar 'wang kertas' khas sempena ulang tahun ke-40
Wang kertas istimewa itu adalah hadiah kepada peminat Star Wars sempena sambutan ke-40 tahun saga futuristik itu.
Peminat tegar Star Wars berpeluang memiliki matawang sendiri apabila Disney dengan kerjasama pengeluar wang kertas De La Rue bakal mengeluarkan matawang Star Wars.
Wang kertas istimewa itu adalah hadiah kepada peminat Star Wars sempena sambutan ke-40 tahun saga futuristik itu.
Wang kertas itu bagaimanapun tidak laku untuk diniagakan dan ia hanya sebagai cenderamata kepada peminat.
Menurut Pengarah Kreatif De La Rue, Julian Payne, paparan wang kertas itu mewakili intipati filem terbaru saga Star Wars, "The Last Jedi" iaitu unsur kebaikan dan kejahatan.
Sisi depannya memaparkan imej Rey dan Luke Skywalker, serta Millennium Falcon, manakala sisi belakang Snoke dan Kylo Ren.
Angka "8" juga diletakkan di beberapa bahagian wang kertas itu secara berulang-ulang, sempena episod kelapan saga Star Wars.
Wang kertas Star Wars akan dipasarkan di ebay.co.uk, dengan hasil kutipannya didermakan kepada Together for Short Lives, badan kebajikan berpengkalan di Britain yang membantu kanak-kanak tidak bernasib baik serta kurang keupayaan.
Topic Berkaitan
#episod VIII
#Kylo Ren
#Luke Skywalker
#rey
#Star Wars
#The Last Jedi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan