awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah

Gempak
Gempak
29/03/2024
01:15 MYT
Suami artis Indonesia Sandra Dewi ditangkap kes rasuah
Suamu Sandra Dewi, Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
SUAMI kepada pelakon Sandra Dewi, Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
Harvey yang juga usahawan arang batu itu didapati menjadi orang tengah kepada projek perlombongan biji timah secara haram dan mendapatkan rasuah selepas kesepakatan serta ia berjaya diluluskan kerajaan.
Lebih parah, Sandra juga dikatakan akan dipanggil untuk soal siasat berkaitan isu rasuah suaminya juga.
Sebaik ditahan, netizen Indonesia mula membongkar tentang kehidupan mewah pasangan yang berkahwin pada 2016.
Sandra dan Harvey selalu dijadikan idola sebagai orang kaya dan disifatkan sebagai pasangan yang berada dalam liga kaya tersendiri.
Pasangan ini menetap di sebuah rumah mewah yang digambarkan seperti hotel lima bintang.
Menerusi salah satu tayangan di YouTube, kediaman Sandra antaranya mempunyai lobi menunggu, lif, bilik permainan untuk dua anaknya dan kemudahan lain.
Selain rumah yang cukup mewah, Harvey pernah menunjukkan kekayaan luar biasa yang dimilikinya apabila memberi hadiah jet peribadi sempena menyambut ulang tahun pertama kelahiran anak mereka, Raphael Moeis pada 2019.
Malah, netizen juga kembali membongkar kemewahan majlis perkahwinan Sandra dan Harvey yang pernah diraikan di Disneyland, Jepun.
Pasangan tersebut membawa keluarga dan rakan terdekat meraikan perkahwinan mereka yang dipercayai menelan perbelanjaan cukup mewah. - Gempak
Topic Berkaitan
#suami pelakon Indonesia
#Sandra Dewi
#suami Sandra Dewi ditangkap
#Harvey Moeis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan