awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Surau Julia Perez hampir siap, sudah mula digunakan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/05/2018
07:05 MYT
Surau Julia Perez hampir siap, sudah mula digunakan
Mendirikan sebuah surau adalah hajat Allahyarham Julia Perez, namun tidak sempat direalisasikan semasa hayatnya.
SEBAGAI negara Islam terbesar di dunia, bukan sesuatu yang pelik apabila surau dan masjid cukup mudah didapati di negara itu.
Malah di petempatan terpencil sekalipun, mencari surau untuk bersolat dan beribadah bukan sesuatu yang sukar.
Dikatakan tradisi membina surau menjadi satu kebiasaan bagi penduduk negara itu kerana mahu mengejar jariah yang dijanjikan.
Tidak ketinggalan, pelakon Julia Perez.
Semasa hayatnya, Julia pernah berhasrat untuk mendirikan sebuah surau. Namun belum sempat melaksanakan hajat itu, Julia meninggal dunia akibat penyakit kanser tahun lalu.
Amanah untuk merealisasikan hajatnya itu diserahkan kepada adiknya, Nia Anggia.
Melalui satu entri di akaun Instagram, Nia memaklumkan surau amanah Allahyarham kakaknya itu sudah hampir siap.
Difahamkan, surau yang dinamakan Surau Ar-Rahma itu terletak di sebuah perkampungan di Banten, Indonesia.
Alhamdulilah ya Allah Mushola Ar- Rahma di serang banten sudah bisa digunakan masyarakat untuk menyambut ramadhan dan idul fitri tahun ini walaupun pembangunannya belum 100% selesai. Tidak lupa kami mengucapkan terimakasih atas bantuan orang orang yg ikut andil mewujudkan mushola ini InshaAllah bermanfaat untuk masyarakat dan apa yg diamalkan kakak kami tercinta @juliaperrezz menjadi rumah surga utk beliau di akhirat. Amien YRA
A post shared by Nia Anggia D’perez (@anggitheperez) on
May 6, 2018 at 12:19am PDT
Alhamdulilah ya Allah Mushola Ar- Rahma di serang banten sudah bisa digunakan masyarakat untuk menyambut ramadhan dan idul fitri tahun ini walaupun pembangunannya belum 100% selesai. Tidak lupa kami mengucapkan terimakasih atas bantuan orang orang yg ikut andil mewujudkan mushola ini InshaAllah bermanfaat untuk masyarakat dan apa yg diamalkan kakak kami tercinta @juliaperrezz menjadi rumah surga utk beliau di akhirat. Amien YRA
A post shared by Nia Anggia D’perez (@anggitheperez) on
May 6, 2018 at 12:21am PDT
"Alhamdulillah, surau ini sudah hampir siap dan boleh digunakan pada Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi.
"Terima kasih juga buat kesemua yang telah membantu merealisasikan hajat kakak saya, semua syurga untuknya," tulis Nia.
Portal-portal hiburan Indonesia melaporkan, biarpun belum sempurna, namun surau itu sudah boleh digunakan untuk bersolat.
Ibu Julia sebelum ini pernah memaklumkan, anak sulungnya itu sanggup menjual sebentuk cincin berlian kesayangan, demi untuk mendapatkan wang untuk membangunkan surau tersebut.
Dalam temu ramah di sebuah saluran televisyen baru-baru ini, Nia memberitahu dia kini dalam perancangan untuk membina sebuah pusat sokongan untuk pesakit kanser, yang juga salah satu hasrat kakaknya.
"Membina surau dan pusat sokongan itu adalah niat Allahyarham. Memandangkan surau itu sudah hampir siap, saya dan keluarga akan mula berbincang untuk membina pusat sokongan itu pula," katanya sambil memberitahu belum menentukan lokasi pusat tersebut.
Julia meninggal dunia pada usia 37 tahun pada 10 Jun tahun lalu, selepas tiga tahun bertarung dengan penyakit kanser servik.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Amanah
#Indonesia
#Instagram
#Julia Perez
#meninggal dunia
#pelakon
#Ramadan
#surau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan