awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syahrini jawab isu kontroversi kehadiran di Festival Filem Cannes

Gempak
Gempak
27/05/2025
09:30 MYT
Syahrini jawab isu kontroversi kehadiran di Festival Filem Cannes
Syahrini mendakwa menerima penghargaan dari UNESCO, namun ia sebenarnya diberikan oleh organisasi bebas bernama United Society Council (USC). -Gempak
ARTIS Syahrini telah menjadi pusat perhatian peminat Indonesia selepas tiba-tiba ‘muncul’ dan menerima pengiktirafan di Festival Filem Cannes 2025, minggu lalu.

Ringkasan AI
  • Kehadiran Syahrini di Festival Filem Cannes 2025 menarik perhatian ramai kerana beliau seorang penyanyi, bukan pelakon.
  • Syahrini mendakwa menerima penghargaan dari UNESCO, namun ia sebenarnya diberikan oleh organisasi bebas bernama United Society Council (USC).
  • Tindakan dan penampilannya mencetus kontroversi serta perdebatan tentang kelayakan dan ketepatan maklumat yang dikongsi.

Meski sudah lebih tujuh hari berlalu, masih ramai yang mempersoalkan tentang kehadiran dan kelayakan Syahrini hadir di festival tersebut.
Sementelah Syahrini adalah seorang penyanyi, sementara Festival Filem Cannes diketahui sebagai medan ‘perhimpunan’ para aktres dan aktor tersohor seluruh dunia.
Tidak berdiam diri, Syahrini memberi jawapan singkat mengenai kehadirannya di festival berprestij itu.
“Cannes bukan sekadar sekadar festival filem, ini adalah perayaan seni dan keindahan,” tulis Syahrini dalam bahasa Inggeris, seperti dilaporkan Kompas.
Kehadiran isteri Reino Barack itu di festival yang berlangsung di Perancis itu memang penuh sensasi.
Selain penampilannya menjadi buah mulut, pengakuan Syahrini mendapat penghargaan yang diberikan oleh (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization), UNESCO saat menghadiri Cannes 2025 telah menimbulkan kontroversi selepas organisasi tersebut menafikan dakwaan itu.
Ibu kepada satu anak itu sebaliknya hanya diberi penghargaan oleh United Society Council (USC), sebuah organisasi bebas yang mendakwa berfokus pada pemberdayaan perempuan, promosi kesetaraan gender dan perayaan prestasi individu di berbagai bidang. -Gempak
Topic Berkaitan
#Unesco
#Syahrini
#United Society Council
#Festival Filem Cannes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan