PENYANYI Syahrini akhirnya mengesahkan spekulasi dirinya hamil dengan mempamerkan penampilan terkini ‘berbadan dua’ di akaun media sosial, Instagram.

Syahrini berkongsi beberapa siri foto kehamilannya sekali gus mengumumkan kehamilan pertamanya.

“Bismillahirahmannirrahim, kami membuat satu permintaan dan kini ia termakbul,” tulisnya pada kapsyen.

Usia kehamilan isteri Reino Barrack itu sudah memasuki tujuh bulan.

Potret kehamilan yang dijalankan bersama Reino itu dipercayai dirakamkan di Singapura seperti tanda pagar yang disertakan Syahrini.

Perkongsian tersebut telah dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminatnya.

Sebelum mengumumkan secara rasmi mengenai kehamilannya, pemerhati hiburan dan peminat terlebih dahulu sudah dapat mencium tentang berita gembira itu.


Bentuk tubuh berubah

Hal itu lantaran ‘bentuk tubuh’ penyanyi lagu Sesuatu itu dilihat berisi seperti ibu hamil selain perutnya juga dilihat semakin membesar.

Namun pasangan suami isteri yang menikah sejak lima tahun lalu tersebut tidak pernah memberi kenyataan rasmi mengenai berita gembira yang tersebar. -Gempak