ENTERTAINMENT
Tahniah! Lontaran suara harmoni koir UiTM raih 3 emas, muncul juara antarabangsa

Antara negara yang berentap pada pusingan akhir termasuk Poland, Latvia, Lithuania, Filipina, Indonesia dan Afrika Selatan. - Foto UiTM
Pasukan koir Universiti Teknologi MARA (UiTM) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila dinobat sebagai juara Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus ke 7 di Torun, Poland.
Pasukan UiTM merangkul emas dalam kategori Koir Campuran dan Lagu Rakyat melalui pasukan UiTM Chamber Choir (UCC) manakala emas ketiga diraih oleh UiTM Women’s Chorale (UCS) untuk koir wanita.
Selain itu pasukan UCC turut menerima dua anugerah khas iaitu Special Audience Prize dan Grand Prix of All Volunteers Awards.
“Kumpulan ini bakal mengikuti satu lagi pertandingan koir iaitu Johannes Brahms Choir Festival and Competition di Wieneigrode, Jerman pada 3 hingga 7 Julai 2019,” kata Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Ir Dr Mohd Azraai kassim dalam satu kenyataan.
Antara negara yang berentap pada pusingan akhir termasuk Poland, Latvia, Lithuania, Filipina, Indonesia dan Afrika Selatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami