awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Australia beri amaran cuaca melampau dan berbahaya ketika kebakaran hutan marak di Victoria
Ejen ICE dalam kes tembakan Minnesota pernah diseret kereta pada Jun
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tajaan perkahwinan: 5 pasangan selebriti bertuah terima tajaan jutaan ringgit

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/01/2016
00:36 MYT
Tajaan perkahwinan: 5 pasangan selebriti bertuah terima tajaan jutaan ringgit
Perkahwinan Siti-Khalid terima tajaan belasan juta ringgit, kebanyakannya dalam bentuk barangan kemas.
SEMALAM, pemegang trofi Bintang Paling Popular tiga kali, Shaheizy Sam, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan aktres Syatilla Melvin. Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah nilai tajaan yang diterima pasangan ini iaitu, RM25 juta.
Percaya atau tidak, trend memberi tajaan untuk majlis perkahwinan artis sebenarnya perkara biasa. Sebelum Sam dan Syatilla, ada beberapa nama besar dalam industri seni yang turut mendapat 'rezeki terpijak' apabila ramai yang sudi menaja hari bahagia mereka.
Rozita Che Wan dan Zain Saidin
Perkahwinan Che'Ta dan Zain menarik nilai tajaan RM13 juta.
Perkahwinan Che'Ta dan Zain menarik nilai tajaan RM13 juta.
Dengan reputasi Che' Ta sebagai ikon fesyen, tidak hairanlah mereka menerima penajaan berjumlah kira-kira RM13 juta.
Difahamkan, RM10 juta daripada tajaan itu adalah untuk aksesori yang dipakai pengantin dari sebuah syarikat barangan kemas terkemuka.
Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa
Ramai yang berebut mahu memberikan tajaan kepada pasangan ini.
Ramai yang berebut mahu memberikan tajaan kepada pasangan ini.
Siapa yang tidak mahu memahat nama dalam perkahwinan bersejarah ini? Beberapa sumber menganggarkan nilai tajaan 'perkahwinan dekad ini' itu mencecah hampir RM12 juta.
Kebanyakan tajaan adalah berbentuk barang kemas, aksesori dan pakaian.
Norman Hakim dan Memey Suhaiza
Memey mengenakan gaun rekaan Vera Wang pada hari perkahwinannya dengan Norman
Memey mengenakan gaun rekaan Vera Wang pada hari perkahwinannya dengan Norman.
Syarikat Rafflesia memberikan tajaan RM12 juta untuk perkahwinan pasangan ini yang bertemakan New York in Black and White.
Gaun yang dikenakan Memey pada majlis berkenaan adalah rekaan Vera Wang dan diterbangkan khas dari Hong Kong.
Ezlynn dan Adam
Gaun kuning yang dikenakan Ezlynn bernilai kira-kira RM400 ribu.
Gaun kuning yang dikenakan Ezlynn bernilai kira-kira RM400 ribu.
Sekali lagi Rafflesia bermurah hati menaja perkahwinan pasangan selebriti, kali ini dengan jumlah yang sama dengan jumlah yang diterima Memey dan Norman.
Gaun kuning yang dipakai Ezlynn difahamkan bernilai RM400 ribu, manakala tajaan barang kemas adalah kira-kira RM4 juta.
Mawi dan Ekin
Bukan setakat majlis perkahwinan, bulan madu Mawi dan Ekin juga turut mendapat penajaan.
Bukan setakat majlis perkahwinan, bulan madu Mawi dan Ekin juga turut mendapat penajaan.
Ketika demam 'tsuMawi' melanda negara, perkahwinan bintang kelahiran Akademi Fantasia ini tidak ketinggalan mendapat perhatian.
Banyak pihak bermurah hati memberikan tajaan sebanyak RM5 juta, dengan RM2.5 juta adalah tajaan barangan kemas.
Bulan madu pasangan ini juga turut mendapat tajaan syarikat DCL.
Topic Berkaitan
#kos
#mewah
#perhubungan
#perkahwinan
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan