BENTONG: Luluh hati pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, apabila hanya ditawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk membintangi sebuah telefilem, bulan lalu.
Wan Maimunah berkata, isu bayaran rendah kepada pelakon veteran sebenarnya sering diluahkan pelakon lain dan sudah lama, namun sehingga sekarang masih belum ada jalan penyelesaian yang dicapai.
"Saya tidak merajuk dan masih sayangkan karier lakonan ini kerana sudah sebati dengan diri. Tapi, bila fikirkan bayaran tidak setimpal dan amat rendah, lebih baiklah saya duduk di rumah dan berehat. Rezeki Allah itu luas dan ada di mana-mana.
"Cuma, rasa sedih itu membuat hati saya sebak mengenangkan RM200 saja ditawarkan untuk berlakon sebuah telefilem. Jumlah babak mesti banyak dan sudah tentu memenatkan. Tapi, tak apalah memang
bukan rezeki saya," katanya memetik laporan Harian Metro.
Mengulas dirinya dikatakan pelakon Gred A, Wan Maimunah berkata, itu orang yang melabelkannya.
Hakikatnya, hanya dia dan pihak produksi yang tahu jumlah bayarannya.
"Saya tetap yakin Allah selalu bersama hamba-Nya yang tidak putus berdoa. Setakat ini untuk makan minum saya masih mampu diurus. Malah, kalau keluar makan di luar sekali-sekala pun, akan ada orang yang saya tidak kenali membayarnya.
"Tahu-tahu saja sudah dibayar. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang baik hati itu dan mendoakan agar terus dimurahkan rezeki. Sesungguhnya, Allah membantu kita dalam banyak cara yang tidak diduga," katanya.
Wan Maimunah berkata, dia kini sedia menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi yang mengikut kata hatinya mahu bekerjasama seperti membintangi drama arahan Rashid Sibir.
"Untuk tahun ini, saya ada membintangi drama arahan Rashid. Itu pun saya terima kerana kami sudah kenal lama sejak dia (Rashid) baru habis belajar di universiti dulu. Malah, saya pun dah banyak berlakon dengan Rashid sebelum ini," katanya.
Wan Maimunah berkata, disebabkan diskriminasi bayaran dilalui itu, dia lebih sanggup menerima tawaran daripada syarikat produksi baharu untuk berlakon filem pendek kerana bayaran ditawarkan jauh lebih baik berbanding bekerjasama dengan syarikat produksi lama. - Gempak
Gempak
Wed Apr 12 2023
Wan Maimunah berkata, dia kini sedia menerima tawaran berlakon daripada pihak produksi yang mengikut kata hatinya mahu bekerjasama seperti membintangi drama arahan Rashid Sibir. - Foto Astro GEMPAK
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
'Tak apalah, memang bukan rezeki saya' - Tergamak bayar Wan Maimunah RM200 berlakon drama
Luluh hati pelakon veteran, Wan Maimunah, 65, apabila hanya ditawarkan bayaran sebanyak RM200 untuk membintangi sebuah telefilem, bulan lalu.
Banyak artis memendam rasa, kerja penat tapi tidak dibayar - Wan Maimunah
Banyak orang tidak tahu ada artis yang penat bekerja tetapi tak dibayar, maksudnya orang tengah yang ambil, dedah Wan Maimunah.
All Star Buka Panggung bukan sekadar hiburan semata-mata
Program ini bukan sahaja memberi hiburan kepada penonton malah ia juga memberi bantuan buat pelakon-pelakon yang pernah mewarnai industri satu ketika dahulu.
"Janganlah ambil aku sebelum aku mengerjakan haji" - Pelakon Wan Maimunah
Insya-Allah...
Wan Maimunah kesal difitnah meninggal dunia
Pelakon veteran Wan Maimunah mengakui kesal apabila ada pihak yang cuba menyebarkan berita fitnah terhadap dirinya ketika sedang sakit.
'Keadaan kesihatan makin baik, cuma ...' - Wan Maimunah
Pelakon Wan Maimunah telah keluar dari wad Hospital Alor Gajah pada petang semalam selepas seminggu ditahan akibat jangkitan kuman di paru-paru.
'Allah masih sayangkan saya' - Wan Maimunah
Seniwati terkenal, Wan Maimunah memohon agar tiada lagi pihak yang menyebarkan fitnah kononnya dia telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Alor Gajah, Melaka sejak Sabtu lalu.
Ada jangkitan paru-paru, Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah
Pelakon veteran Wan Maimunah dimasukkan ke Hospital Alor Gajah sejak Sabtu lalu selepas mengalami sesak nafas.
Wan Maimunah akhiri zaman janda
Pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Makpol Saimon, 53, dengan sekali lafaz pada Jumaat.