awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2018
03:03 MYT
Tak mampu cari saya... jangan dibunuh, dibuang - Abby Abadi
Abby Abadi tampil memberitahu kepada orang ramai khasnya kaum wanita, dia bersedia untuk memberikan bantuan berhubung bayi yang bakal lahir. -Gambar Instagram @abby_abadi112
PELAKON Abby Abadi tampil memberitahu kepada orang ramai khasnya kaum wanita, dia bersedia untuk memberikan bantuan berhubung bayi yang bakal lahir.
Menurut Abby, 40, mereka yang tidak berkemampuan untuk menjaga bayi boleh mencarinya.
"Mana-mana adik, kakak, ibu-ibu yang sedang mengandung, yang akan melahirkan tapi tak berkemampuan untuk menjaga baby tu, cari saya.
"Di mana saja, saya sedia membantu. Jangan dibuang, jangan dibunuh atau sebagainya ye adik kakak ye.
"Ada jalan penyelesaiannya. Janganlah kesilapan kita hingga menidakkan hak mereka. Mereka juga berhak untuk hidup di atas muka bumi ALLAH ini," kata Abby di Instagram miliknya.
Salam Jumaat
Di perkongsian yang sama juga Abby berkata, bagi mereka yang mahu mengambil anak angkat jangan ditanya tentang asal usul mereka.
Ini kerana jelas Abby, ibu bapa angkat itulah yang akan mencorakkan masa depan mereka kelak.
"Satu lagi, untuk anak-anak yang dicarikan ibu bapa penjaga ni, tak perlulah ditanya status mereka. 1001 mcm masalah dlm dunia ni.. tak tertulis kat sini.
"Yang pasti, sah ke tak sah, mereka tak berdosa. Mereka dilahirkan ibarat kain putih. Kitalah yang bertanggungjawab menjaga mereka untuk menjadikan mereka ni beragama, kenal ALLAH atau sebaliknya.. Wallahuallam," tulisnya.
Abby turut mempunyai tiga anak kandung iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10, hasil perkahwinan dengan bekas suaminya, aktor Norman Hakim.
Selain itu, Abby juga kini mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan dan FayyadhMaisara Dayana Fathia.
Topic Berkaitan
#Abby Abadi
#Anak angkat
#buang bayi
#kaum wanita
#Marissa Dania Hakim
#mengandung
#Mohamed Danish Hakim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan