GARA-GARA mempertikaikan duit raya RM5 yang diterima oleh anaknya, akaun Twitter milik wanita ini diserang warganet.

Sehingga kini tweet berkenaan telah menerima hampir 100 komen dan ‘retweet’ hampir 700 kali.

Menerusi tweet terbabit, wanita terbabit menyatakan pendapatnya tentang pemberian duit raya yang diberi oleh saudara maranya.

Menurutnya, biarpun mempunyai kereta mewah dan bergaji besar, namun saudara maranya masih tetap memberi duit raya serendah RM5.

Rentetan daripada tweet berkenaan, akaun miliknya kemudian diserang dengan ratusan kecaman oleh warganet.

Foto Twitter

Kebanyakannya dilihat tidak berpuas hati dengan pandangan itu, malah menyifatkan wanita berkenaan tidak bersyukur dengan apa yang diterimanya.

Apa pula pendapat anda?