HIBURAN
Talk To My Manager: Ara Aziz umum tarik diri, Athalia terselamat

Ara berpendapat pentas itu lebih sesuai diberikan kepada mereka yang benar-benar layak. - Gempak
BINTANG Talk To My Manager (TTMM), Ara Aziz mengejutkan ramai apabila mengumumkan pengunduran diri pada minggu keempat sekali gus menjadi peserta pertama meninggalkan pentas itu.
Ringkasan AI
- Ara Aziz tarik diri dari TTMM minggu ke-4, menjadi peserta pertama meninggalkan program kerana isu komitmen masa dan pelajaran.
- Aziz M Osman jelaskan keputusan dibuat selepas perbincangan keluarga, kerana program memerlukan tumpuan penuh sedangkan mereka ada tanggungjawab lain.
- Ara akui kurang minat bidang nyanyian dan mahu fokus pada minat sebenar, sambil beri peluang kepada peserta lain yang lebih layak; keputusan ini menyelamatkan Athalia daripada penyingkiran.
"Kita tahu bakat Ara adalah nitch. Lakonan dan bercerita itu adalah kekuatan dia namun setiap alur cerita itu memerlukan daya fikiran dari saya. Bila saya berfikir saya terpaksa meninggalkan kerja saya yang lain dan pada masa yang sama Ara perlu menumpukan perhatian pada pembelajarannya.
"Kami dah fikir sejak minggu kedua. Kami rancang untuk bertahan sampai minggu kelima namun setiap minggu yang berlalu amat membebankan kami dan itulah yang mendorong kami untuk buat keputusan ini," ujar Aziz.
Dalam masa sama, Ara sendiri mengakui bahawa dia tidak dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap program tersebut, malah berpendapat pentas itu lebih sesuai diberikan kepada mereka yang benar-benar layak.
"Memang Ara minat tetapi ini keputusan kami berdua. Kami susah berikan tumpuan pada satu benda memandangkan banyak perkara perlu dibuat juga. Saya juga tidak begitu minat bidang nyanyian ini dan orang lain sangat hebat sehingga saya tidak dapat berikan yang terbaik. Jadi, saya beri peluang pada mereka.
"Saya tahu apa kekuatan saya dan orang lain. Jadi saya hanya nak fokus pada apa yang saya minat sahaja," jelas Ara.
Keputusan Ara sekali gus menyelamatkan Athalia, yang sepatutnya disingkirkan kerana peratusan terendah pada minggu keempat.
Ara berada dalam tiga tercorot dengan catatan 67.33 peratus, bersama Athalia dan Hadie.
Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil), bersama barisan juri ternama yang terdiri daripada Che Puan Sarimah serta Datuk AC Mizal.
Berlangsung selama 7 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami