awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Taylor Lautner kahwini Taylor Dome, peminat usik 'ada dua Taylor Lautner'

Agensi
Agensi
14/11/2022
06:35 MYT
Taylor Lautner kahwini Taylor Dome, peminat usik 'ada dua Taylor Lautner'
Lautner mengesahkan bahawa Dome akan mengambil nama terakhirnya setelah berkahwin. - Instagram/Taylor Lautner
CALIFORNIA: Pelakon Twilight, Taylor Lautner mengahwini teman wanitanya, seorang jururawat bernama Taylor Dome Jumaat lalu, lapor Daily Mail.
Menerusi gambar yang diperolehi, pengantin perempuan mengenakan gaun putih berhias bunga-bungaan, manakala suaminya segak dalam tuksedo hitam.
Kira-kira 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat menyaksikan pasangan itu bertukar ikrar di ladang wain berhampiran Paso Robles, California.
Lautner dan Dome bertunang pada 11 November 2021. Namun, satu perkara yang menarik perhatian peminat sejurus selepas pertunangan mereka ialah fakta bahawa mereka akan mempunyai nama pertama dan nama keluarga yang sama.
Awal tahun ini Lautner mengesahkan bahawa Dome akan mengambil nama terakhirnya setelah berkahwin.
"Kami sudah berkongsi satu nama. Jadi selepas ini ia akan menjadi lebih rumit," kata Lautner dalam nada berjenaka ketika muncul dalam program The Kelly Clarkson Show.
Kini pasangan itu sudah berkahwin, peminat mula mengusik bagaimana kehidupan mereka akan menjadi 'huru-hara'selepas ini.
"Siapa yang jawab telefon mesti akan pening. Anda nak bercakap dengan Taylor yang mana?
"Mereka akan tersalah membuka surat, rekod rasmi pun boleh bercampur aduk. Ia seperti menonton sitkom,” kata seorang peminat di Twitter.
Topic Berkaitan
#Taylor Lautner
#Taylor Dome
#kahwin
#Twilight
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan