Sekilas dengar, tajuknya membayangkan cerita-cerita ‘orang dapur’ – mungkin kisah surirumah yang berbicara mengenai pelbagai topik; atau kisah seorang lelaki yang terpaksa menjadi surirumah sepenuh masa kerana dibuang kerja lalu membuat kerja sambilan seperti memulakan perniagaan online – hah, tak mungkin! Tak mungkin ini yang diketengahkan oleh Five Arts Centre (FAC) – memandangkan dasar ahli-ahli FAC rata-ratanya adalah golongan seniman intelek.
Kesilapan andaian ku ternyata sahih. Cakap Dapur: R&D Stories memang cerita lain dan kita telah dimanipulasikan dengan tajuknya yang catchy. Istilah ‘cakap dapur’ adalah istilah yang dipinjamkan dari negara Indonesia. Dapur yang dimaksudkan ialah makmal atau studio. Ya, seperti salah satu baris lirik lagu Tegar, penyanyi cilik Indonesia – “masuk dapur rakaman” (masuk studio rakaman). Di dapur ini tempat karyawan jamming!
Di Indonesia, ‘cakap dapur’ bermakna debat dan hujah – seperti mana lazimnya berlaku sebaik saja selesai sesebuah persembahan, di mana penonton atau pengkritik akan mengajukan pertanyaan serta pertikaian kepada pengarang, sutradara, pereka dan pemain. Kadang-kadang pertanyaan dan pertikaian itu bersifat sangat provokatif. Sesiapa yang jiwanya tidak kental, barangkali itulah karya terakhirnya. Maka jawapan yang diberikan mestilah bersifat kukuh, relevan, berasas dan pemati soalan.
Perlu diingatkan, karyawan Indonesia pemikirannya benar-benar kritis! Karyawan mestilah berpengetahuan dalam pelbagai jurusan. Bukan saja fasih dalam ilmu kesenian bahkan ilmu-ilmu lain seperti politik, theologi dan metafizik contohnya. Dengar khabarnya, wakil negara kita yang berani bawa persembahan tempatan ke Indonesia dan berjaya mengharungi proses di atas hanyalah Wak Khalid dengan karyanya Jual Ubat.
Kita, di sini tidak ada budaya demikian. Penonton datang, menonton, keluar dan pulang. Paling tidak, kenalan-kenalan terdekat sutradara, pengarang dan pemain akan berbual di mamak. Mungkin boleh dicadangkan istilah baharu – ‘cakap mamak’. Lebih tenat lagi jika sesi ‘cakap dapur’ itu berlaku di rumah dan di bawah pengaruh ganja. Maka bolehlah diistilahkan sebagai ‘cakap bong’ (‘bong’ adalah dapur buatan sendiri untuk menghisap ganja).
Maka itu, Cakap Dapur: R&D Stories adalah sebuah syarahan dengan 25 modul, mengajar kita (terutama pengarang) supaya berfikiran kreatif dan kritis dalam penulisan – bagaimana mencipta watak, latar, plot mahupun tajuk untuk sesebuah pementasan! Sambil menyelam minum air, pementasan ini juga mengajar penonton supaya lebih bijak dalam menilai sesebuah karya, termasuklah bijak menilai drama TV – yang dikatakan sebagai pembunuh seni persembahan.
Oleh demikian, kisah-kisah yang disampaikan juga bersifat provokatif (dari kisah pondan tahun 70-an di karpet hijau, kisah 13 Mei, toleransi agama, antara teori dan ritual, mistik, iluminati sehinggalah kisah hukum haram ke atas kesenian oleh ulamak) bertujuan ‘memicit perasaan’ penonton supaya di akhir persembahan akan tercetusnya ‘cakap dapur’ seperti yang dimaksudkan.
Secara peribadi, kisah-kisah yang disampaikan hanyalah suara salah seorang warga Malaysia atau ‘Melayu Intelek’ yang keliru. Keliru dengan sejarah asal-usul, sejarah negara, sejarah bangsa, sejarah budaya, sejarah agama, sejarah jati diri dan sejarah seksualiti. Sejarah yang tersurat, tersirat dan yang tersorok.
‘Cakap Dapur: R&D Stories’ dipentaskan oleh Five Arts Centre (FAC), sebuah naskah Leow Puay Tin (adaptasi dari bengkel oleh Profesor Mohd. Anis Md. Nor), arahan & lakonan Chee Sek Thim; di Black Box Damansara Performing Arts Centre (DPAC), pada tarikh 5 – 7 Februari 2015, jam 8.30 malam dan pada 8 Februari 2015, jam 3.00 petang. Tiket berharga RM30, boleh didapati di www.dpac.com.my atau hubungi +603 4065 0001, 4065 0002.
Persembahan di dalam bahasa Inggeris dan Melayu. Tiada sarikata.
Daily Seni
Sun Feb 08 2015
Secara peribadi, kisah-kisah yang disampaikan hanyalah suara salah seorang warga Malaysia atau Melayu Intelek yang keliru - Foto Daily Seni
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Teater Cakap Dapur: R&D Stories ketengah kisah rakyat yang keliru
Ceritanya yang bersifat provokatif bertujuan memicit perasaan penonton supaya tercetusnya 'cakap dapur' seperti yang dimaksudkan.