awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tebus tiket untuk tonton filem Korea secara percuma di GSC Mid Valley

Bernama
Bernama
12/11/2019
01:00 MYT
Tebus tiket untuk tonton filem Korea secara percuma di GSC Mid Valley
Filem 'Wonderful Nightmare' dan 'Secretly Greatly' adalah antara yang bakal menemui penonton Malaysia. - Wikipedia
Lima filem Korea pelbagai genre akan ditayangkan secara percuma kepada audiens Malaysia semasa Pesta Filem Korea 2019 pada 21 hingga 24 Nov di GSC Mid Valley di sini.
Menurut kenyataan Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur, bakal ditayangkan termasuk filem aksi bertajuk 'Secretly Greatly' (2013) yang dibintangi Kim Soo-hyun.
Empat lagi terdiri daripada filem drama jenayah 'The Classified File' (2015), filem aksi 'Kundo: Age of The Rampant' (2014), filem komedi 'Wonderful Nightmare' (2015) dan filem animasi 'The Road Called Life' (2014).
Mereka yang berminat perlu mengemukakan cetakan atau tangkap skrin - pada peranti mudah alih - mana-mana foto atau artikel mengenai pesta itu dalam mana-mana penerbitan, hantaran secara online dari platform media rasmi atau saluran digital GSC untuk menebus dua keping tiket percuma dari kaunter tiket GSC Mid Valley.
Penebusan akan bermula dari 20 Nov dan berdasarkan siapa cepat dia dapat, sementara tiket masih ada.
Dapatkan butiran lengkap jadual filem dengan melayari www.facebook.com/koremy.eng atau www.gsc.com.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#filem korea
#GSC mid valley
#Kundo Age of The Rampant
#penonton malaysia
#pesta filem korea
#The Classified File
#The Road Called Life
#Wonderful Nightmare
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan