Single terbaharu Ayda Jebat, Temberang mendaki tangga populariti dalam masa yang sangat singkat.
Sejak muzik video lagu berkenaan dimuat naik sejak empat hari lalu di saluran Youtube, hampir sejuta orang sudah menontonnya.
Bagi penyanyi popular itu, kemunculan Temberang amat menyenangkannya kerana dia dan peminat-peminatnya harus menunggu selama dua tahun untuk mendengarnya.
"Saya macam dah 'Temberang' peminat saya, sebab sebelum ni asyik cakap nak keluar lagu, tak keluar-keluar juga.
"Proses menunggu ini bukan suka-suka, tetapi ia lebih kepada menunggu giliran dan masa yang sesuai sebab saya percaya ada hikmahnya dan saya percaya, kalau saya bagi peluang kat artis lain, mereka pun bagi laluan kepada kita," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mengakui, dia sendiri sudah penat berjanji dengan peminat-peminatnya selepas single Pencuri Hati yang dilancarkan pada 2016, Ayda menyifatkan penantian itu amat berbaloi.
Lantaran enggan mengecewakan peminat-peminatnya, Ayda turut membekalkan peminat-peminatnya muzik video Temberang yang menjadi pelengkap kepada perancangan muncul dengan produk baharu.
Bagi Ayda, sepanjang proses menunggu giliran itu membolehkan lebih ramai penaja dikumpulkan sehingga mampu mengeluarkan muzik video yang amat memuaskan hati baginya.
"Saya amat berpuas hati dengan hasil akhir muzik video berkenaan.
"Lagu ini pada asalnya saya sasarkan kepada abang-abang yang teringin nak berdangdut agar mereka boleh goyang bila dengar lagu ini.
"Untuk muzik video pula, saya suntik elemen Kpop dan Jpop yang lebih terang, berwarna warni dan kelakar agar menarik minat kanak-kanak dan remaja," tambahnya.
Ayda pada masa sama akan membuat jelajah promosi Temberang di Singapura dalam minggu ini dan akan meneruskannya ke Indonesia awal tahun depan.
"Ada yang tanya saya kenapa lirik lagu Temberang ada bunyi seperti Indonesia?
"Bagi saya, kita di nusantara boleh guna apa jua perkataan dalam Bahasa Melayu yang mudah difahami tanpa perlu saya buat versi lain untuk jual lagu ni ke negara lain terutamanya Indonesia," jelas Ayda.
Bercakap tentang perancangan 2019, Ayda mendedahkan dia akan mengeluarkan album baharu yang menampilkan elemen balada dan pop.
Hilal Azmi
Tue Dec 25 2018

AYDA JEBAT dijangka muncul dengan album baharu pada 2019. - Foto Instagram Ayda Jebat

UMNO diharap kaji semula keputusan - Azmin
Azmin berkata PN sedia bekerjasama dengan semua pihak bagi memastikan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin stabil dan kukuh.

Aduan terhadap Adun Sebatik diserahkan ke SPRM - Warisan
Wira Warisan memfailkan aduan kepada SPRM terhadap Adun Sebatik.

Setiausaha UMNO Kubang Pasu meninggal dunia selepas aktiviti motosikal lasak
Setiausaha UMNO Kubang Pasu ditemui pengsan sebelum meninggal dunia selepas melakukan aktiviti motosikal lasak di atas bukit berdekatan Universiti Utara Malaysia Sintok, di sini pada Jumaat.

Majlis Presiden PH kecam agensi kerajaan digunakan sebagai senjata politik
Majlis Presiden Pakatan Harapan mengecam sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan sebagai senjata politik bagi mendapatkan sokongan daripada Ahli Parlimen pembangkang terhadap Kerajaan

AWANI Ringkas: ADUN Tronoh dan Buntong sertai BERSATU | PAS tolak penjajaran baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (1:00PM).

"Meskipun terlantar sakit, saya paksakan diri bekerja untuk anak-anak..."
Nor Karmira Benny, seorang ibu tunggal cekal membesarkan lima anaknya meskipun terlantar di katil sejak Ogos tahun lalu kerana sakit.

Gempa Bumi | Amaran Tsunami tamat, penduduk dibenarkan pulang
Visual itu ialah amaran Tsunami yang dikeluarkan pihak berkuasa New Zealand susulan 3 siri gempa bumi kuat melebihi 8 magnitud. Bagaimanapun amaran Tsunami di New Zealand ditamatkan susulan tiga siri gempa bumi sejak awal pagi tadi waktu tempatan. Penduduk kini dibenarkan pulang ke rumah, namun disaran untuk mengelakkan kawasan pantai.

COVID-19 | 99,616 individu terima suntikan vaksin
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak kekal merekodkan jumlah suntikan dos pertama vaksin tertinggi dengan jumlah 14,134 individu.

Politik | PAS tolak usaha penjajaran baharu dengan PH
PAS menolak sebarang bentuk dan usaha ke arah 'penjajaran baharu' melibatkan kerjasama dengan Pakatan Harapan atau sekutunya. Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan PAS juga menolak sebarang usaha daripada mana-mana pihak yang boleh merungkai perpaduan ummah yang telah sedia terjalin.

Sertai Bersatu | Dua bekas ADUN DAP zahir sokong terhadap PN
Dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri menyatakan sokongan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional. Kali ini, bekas ADUN DAP, Paul Yong dan A. Sivasubramaniam menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia, secara rasmi.

Ayda Jebat, Nabil Mahir selamat diijab kabul
Pasangan itu membuka tirai perkahwinan selebriti tanah air bagi kalendar 2021.

Ayda Jebat, Nabil Mahir umum nikah 1 Januari 2021
Keputusan memilih tarikh berkenaan dibuat pasangan itu bagi memudahkan mereka mengingati hari bahagia.

Normal Baharu: Industri muzik tempatan maju kerana PKP
Kehidupan normal baharu akibat wabak pandemik COVID-19 bukan alasan bagi mereka dalam industri hiburan untuk berasa murung dan mundur.

PKP: Ayda Jebat, Nabil Mahir bertunang secara dalam talian
Pasangan itu turut memuat naik gambar mereka di atas pelamin, dipercayai menggunakan teknik suntingan

Ayda Jebat lakar rekod setinggi 38,000 kaki dari paras laut
Wow! Tahniah Ayda!

Putus dengan Redza Rosli? Ini penjelasan Ayda Jebat!
Betul ke ni?

Jadi duta 8 jenama, Ayda Jebat jaga nilai eksklusiviti
Alhamdulillah, rezeki...

'Temberang' Ayda Jebat ajak lelaki berdangdut
Ayda Jebat menyifatkan penantian selama hampir dua tahun untuk mengeluarkan single ini amat berbaloi.

Tak sampai 48 jam, Temberang Ayda Jebat trending no 1 di YouTube
Aduh, aduh aduh....

OPPO F9 memperkenalkan Starry Purple
Pengarah penjenamaan OPPO Malaysia, Nikki Chen menyatakan pemilihan Starry Purple adalah untuk memberikan lebih banyak pilihan dan menarik perhatian pengguna muda.