awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Tengok muka depan cermin"- Misha Omar tempelak netizen hina wajah Nadeera

Gempak
Gempak
12/07/2023
08:08 MYT
"Tengok muka depan cermin"- Misha Omar tempelak netizen hina wajah Nadeera
Misha menasihatkan Nadeera agar tidak membiarkan komen negatif di media sosial menghancurkan semangatnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya. - Gempak
PENYANYI Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.
Kata Misha netizen tersebut sepatutnya 'cermin wajah' mereka dahulu sebelum terlalu mudah mengata orang lain terutama tentang fizikal seseorang.
“Tengok muka depan cermin, adakah diri sendiri sempurna? Mulut terlalu mudah mengata orang.
“Saya rasa ramai yang menjalani kehidupan yang agak bitter dan menggunakan media sosial untuk melempiaskan kekecewaan dengan menjadikan orang lain sebagai mangsa.
“Perkara ini boleh menjadi ‘barah’, jadi kepada yang suka menghina rupa paras orang lain, nasihat saya, bersahabatlah dengan cermin,” tegasnya.
Misha berkata demikian kepada Astro Gempak selepas hadir pada majlis pelancaran Festival Muzik KEPCI 2023 anjuran KFC Malaysia di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor pada Selasa.
Pun begitu, Misha menasihatkan Nadeera agar tidak membiarkan komen negatif di media sosial menghancurkan semangatnya untuk menjadi penyanyi yang berjaya.
“Nadeera adalah penyanyi yang bagus dan imej setiap penyanyi akan datang seiring (bakat).
“Contoh terdekat adalah Ernie Zakri dan Aina Abdul yang menjadi diri mereka hari ini selepas melalui fasa-fasa tertentu.
“Kita kena biarkan bakat-bakat baharu berkembang, berikan mereka masa,” ujarnya.
Pada konsert akhir Big Stage 2023 Ahad lalu, Nadeera mengakui berasa tersinggung dengan kata-kata hinaan yang tergamak menyamakan wajahnya dengan haiwan. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Nadeera Zaini
#Misha Omar
#Big Stage 2023
#netizen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan