awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terdesak nak jumpa Shah Rukh Khan, peminat panjat banglo Raja Bollywood

Gempak
Gempak
03/03/2023
21:26 MYT
Terdesak nak jumpa Shah Rukh Khan, peminat panjat banglo Raja Bollywood
Secara tradisi, Shah Rukh Khan akan muncul menyapa peminatnya dari balkoni banglonya setiap tahun terutama pada hari lahirnya dan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. - Gambar GEMPAK
SHAH RUKH KHAN memang menjadi kegilaan dan idola dari serata dunia.
Para peminat akan melakukan apa sahaja demi bertemu dengan bintang Bollywood tersebut.
Ini termasuklah mengambil risiko ditangkap polis atau pihak berkuasa atas tindakan di luar kotak mereka.
Begitulah yang terjadi kepada dua peminat tegar Shah Rukh Khan apabila ditahan selepas cuba menceroboh masuk ke kediaman aktor itu di Mannat, Mumbai, India pada Khamis lalu.
Namun percubaan mereka yang memanjat dinding luar banglo milik selebriti itu gagal selepas berjaya ditangkap pengawal keselamatan ketika asyik ‘membuat kerja’.
Sewaktu pemeriksaan polis dijalankan, kedua-dua peminat tersebut mengaku datang dari Gujarat dan ingin bertemu Shah Rukh Khan. Mereka juga berusia sekitar 20 dan 22 tahun, lapor Hindustan Times.
Mereka kini berdepan pertuduhan memecah masuk dan beberapa kes lain yang selaras dengan Indian Penal Code (IPC).
Tahun lalu, Mannat mempunyai pintu masuk baharu lengkap papan nama yang akan bersinar dalam gelap.
Kediaman Shah Rukh Khan memang sering ‘dikunjungi’ peminat untuk sekadar mengambil gambar atau selfie.
Bintang filem Pathaan itu malah akan muncul menyapa peminatnya daripada balkoni sewaktu menyambut ulang tahun atau sambutan Aidilfitri.
Sebelum ini menerusi sesi Ask Me Anything di laman sosial Twitter, Shah Rukh Khan mengaku banyak menghabiskan masa di rumah jika tidak terlibat dengan kerja.
“Saya hanya akan menghabiskan masa dengan menonton semua filem di rumah supaya dapat merasai diri sebagai penonton, bukan pembuat karya,” jawabnya.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#banglo Shah Rukh Khan
#filem Pathaan
#Kabhi Khushi Kabhie Gham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan