ENTERTAINMENT
Terpalit isu panas! CUCKOO Malaysia gantung aktiviti promosi libatkan Kim Soo Hyun

CUCKOO Malaysia mengumumkan keputusan untuk menggantung semua aktiviti promosi baharu yang melibatkan duta jenama mereka iaitu pelakon Korea, Kim Soo Hyun. - Foto Gempak
SUSULAN kontroversi yang melanda, Jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO) mengumumkan keputusan untuk menggantung semua aktiviti promosi baharu yang melibatkan duta jenama mereka iaitu pelakon Korea, Kim Soo Hyun.
Ringkasan AI
- CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd menggantung semua aktiviti promosi baharu yang melibatkan duta jenama mereka, Kim Soo Hyun, susulan kontroversi yang melanda.
- CUCKOO Malaysia mengikuti perkembangan isu tersebut dengan teliti dan menegaskan komitmen mereka terhadap integriti dan kepercayaan jenama.
- Kim Soo Hyun didakwa menjalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron ketika dia masih di bawah umur, namun agensi aktor tersebut menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran maklumat palsu.
"Setelah melalui pertimbangan yang teliti, kami telah membuat keputusan untuk menggantung semua aktiviti promosi baharu melibatkan artis tersebut," maklumnya.
Bagaimanapun, CUCKOO Malaysia menegaskan bahawa mereka kekal komited dalam memelihara nilai integriti dan kepercayaan yang menjadi teras jenama mereka, selain terus berusaha untuk menyediakan penyelesaian bagi mewujudkan kediaman yang lebih sihat untuk semua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira dengan keputusan yang diambil oleh syarikat itu.
“Good job Cuckoo Malaysia ...ini yang kita nak.
“Great move! Thank you.
“Good job Cuckoo Malaysia!
“Tak apa korang, Duta Cuckoo Malaysia masih ada,” kata netizen.
Terdahulu, saluran YouTube Hoverlab mendakwa bahawa Soo Hyun menjalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron ketika dia masih di bawah umur.
Hoverlab mendakwa pasangan itu bersama selama enam tahun, bermula ketika Sae Ron berusia 15 tahun dan Soo Hyun berusia 27 tahun.
Sehari selepas dakwaan tersebut, saluran itu turut mendedahkan gambar Soo Hyun mencium pipi Sae Ron, mencetuskan lebih banyak spekulasi dalam kalangan peminat.
Namun, agensi mewakili aktor itu, Gold Medalist menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran maklumat palsu.
Untuk info, Kim Sae Ron yang merupakan bintang filem The Man from Nowhere dan The Neighbors, ditemui meninggal dunia di rumahnya bulan lalu pada usia 24 tahun. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami