GARA-GARA menggelarkan kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS sebagai syaitan, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Syed dikecam netizen.
Sebahagian kecaman juga datangnya daripada bukan peminat K-Pop yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan PU Syed dan melabelkan kenyataannya itu sebagai melampau.
“Kita negara Islam, boleh nak jemput setan-setan ni datang. Rusia negara kapir pun tahu nak jaga rakyat mereka.
“Maaf guna kalimah setan, sebab hanya setan yang mahu menyesatkan manusia. Kumpulan ini seperti itu juga. Nilai-nilai apa yang hendak mereka bawa kecuali kesesatan.
“Yang menjemput kena berfikir cara agama, bukan sekodar logik akal semata-semata. Didik pewaris negara ini dgn agama. PU Syed. #Cuit_cuitSiasahBersamaPUSyed,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram semalam.
Malah, penggunaan perkataan ‘setan’ yang merujuk kepada syaitan itu juga dianggap kasar dan tidak bersesuaian dengan statusnya sebagai sebagai seorang Pencetus Ummah.
“Bukan fan K-pop tapi boleh ke gelar diorang setan? Sorry ye ilmu cetek,” soal @haiqalaji
“Mende la, sebelum ni berdozen yang datang buat konsert takde pula yang nak buka mulut panggil setan bagai,” komen @mochieese.
“They even support Free Palestine,” komen @aindefg_
“Kalau tak nak diorang datang then fine, no need to call them setan, they did nothing wrong and the news not even true, it said 'accusations' there, you really lose my respect,” tulis @the.lindamustafa
Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak turut memuat naik beberapa entri terbaru berkaitan dengan BTS.
“Geng K-Pop dok serang akaun ambe. Marah bila panggil kumpulan pujaan mereka sebagai SETAN.
“Ambe nak tanya satu sahaja, kalua mu boleh pilih kebenaran kenapa nak pilih sesat?” tulisnya.
Entri berkenaan juga turut mendapat respon daripada netizen.
“Betul lah ustaz perkataan setan tu terlalu kasar. By the way I’m not BTS fan,” komen @zz1y4d01.
“Maaf tapi kenapa Westlife lepas pulak eh? Sebab dia bukan dari Korea ke?” soal @adda.rosli.
“BTS is out there supporting Palestine, donating lots of money to the unfortunates around the world through Unicef campaign, helping those who suffered from mental illnesses and encourage youth to have dreams, yet here we are calling them "setan".
"They respect Islam and Muslims, but again, we call them "setan" in return,” tulis @sarahshooga.
Terdahulu, difahamkan isu tersebut mula timbul selepas PU Syed tidak bersetuju dengan rancangan membawa BTS ke negara ini sebelum memuat naik satu keratan artikel yang bertajuk “Russia Bans BTS Concert Film Because It Is Deemed ‘Gay’”.
Bagaimanapun, perkara itu telah pun dijelaskan oleh peminat yang sudah menonton filem dokumentari BTS World Tour: Love Yourself In Seoul yang ditayangkan di Malaysia awal tahun lalu.
Peminat juga menjelaskan terdapat salah faham mengenai keratan artikel yang dikongsi itu dan berharap agar PU Syed membuat rujukan atau menonton sendiri dokumentari berkenaan sebelum berkongsi maklumat atau kesalahan fakta yang boleh menimbulkan salah faham orang lain.
“Assalamualaikum, di sini nak perbetulkan yang movie BTS ni bukan lah berunsur gay this film tunjuk cara dorang naik cara dorang berusaha.
"Let’s talk about this, kat sekolah ustazah sendiri ajar layanan baik terhadap orang bukan islam, jikalau menghina macam ni ini bukan cara berdakwah yang betul.
"Ya memang dorang kafir, tapi tunjuk la Islam ni agama yang indah. Ingat memeluk agama Islam bukan paksaan, HIDAYAH Allah SWT yang lagi besar,” jelas @ienarosd
Foto: Instagram @pencetusummah_syed
Gempak
Mon Apr 29 2019
Sebahagian kecaman datang daripada bukan peminat K-Pop yang rata-ratanya terkejut dengan tindakan PU Syed. -Foto Gempak
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Cinta V BTS, Jennie BLACKPINK terlerai
Laporan yang dikeluarkan oleh JTBC itu bagaimanapun tidak mendedahkan mengenai punca percintaan mereka kandas.
Empat anggota BTS sedia mulakan khidmat tentera
Mereka bakal mengikut jejak langkah tiga anggota lain kumpulan K-pop itu yang berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun.
'Syukur mereka ada masa untuk saya' - Jungkook tak peduli komen haters
Menurut Jungkook, daripada sakit hati memikirkan komen-komen buruk, dia lebih suka fokus kepada golongan yang sentiasa menyokong perjuangan BTS dan karier solonya.
Lirik lagu BTS jadi talian hayat bagi advokasi kesihatan mental
Banyak lagu BTS menyentuh tema kesihatan mental dan muzik mereka sering bergema dalam kalangan pendengar yang mencari ketenangan.
BTS punyai jumlah peminat terbesar, diikuti Blackpink - Kajian
Akaun budaya pop @viraltakes di X baru-baru ini berkongsi 10 kumpulan K-Pop dengan jumlah pengikut terbesar di pelbagai platform.
Pecah rekod, single 'Seven' nyanyian Jungkook raih 15 juta penstriman di Spotify
Muzik video nyanyian penyanyi berusia 26 tahun itu turut meraih jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.
Lagu nyanyian anak Nora Ariffin terima anugerah MBOR, terima reaksi Jungkook BTS
Penyanyi, Putri Dahlia mengucapkan rasa syukur apabila lagunya yang berjudul Old Love menerima Anugerah The Malaysia Book Of Records.
Korea Selatan sambut ulang tahun ke-10 BTS
Budaya pop Korea Selatan merentasi populasi global menerusi muzik yang diperjuangkan BTS.
'Saya akan kembali', J-Hope BTS mula khidmat tentera hari ini
J-Hope merupakan anggota kedua yang menyertai perkhidmatan wajib negara itu selepas seorang lagi anggota BTS, Jin.
Suga BTS jadi duta bola keranjang NBA
Suga menyampaikan rasa teruja dengan menyifatkan pemilihannya sebagai mimpi menjadi kenyataan.