Status mengenai rumah tangga penyanyi Deja Moss dan suaminya Azfendy Azzuddin Ahmad akan diketahui pada 11 Julai depan selepas jawatan kuasa pendamai (JKP) mengemukakan laporan berhubung jalan penyelesaian dalam kes perceraian.
Perkara itu dimaklumkan oleh peguam syarie, Halimatumsa'diah Abu Ahmad yang mewakili Deja selaku defendan selepas prosiding dilakukan secara tertutup di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, lapor portal berita mStar.
Menurut Halimatunsa'diah, pihaknya memohon satu laporan JKP bagi membolehkan kedua-dua belah pihak menjalankan proses pendamaian sebelum apa-apa keputusan berkaitan penceraian dibuat.
Dalam prosiding itu, Azfendy, 39 tahun, selaku plaintif tidak diwakili peguam.
Sementara itu, Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45 tahun, berkata dia bersetuju dengan JKP selepas menerima nasihat daripada peguamnya kerana banyak perkara yang perlu dibincangkan antara kedua-dua belah pihak.
"Saya bersetuju dengan JKP Ini kerana tiada komunikasi antara saya dan suami selepas dia menghilangkan diri.
“Namun apa yang lebih mengejutkan, apabila saya menerima surat saman (permohonan penceraian) dan sudah tentu ia sesuatu yang sukar kerana berlaku tanpa pengetahuan.
“Banyak perkara yang perlu dibincangkan dan diselesaikan antara kami berdua,” katanya.
Pada 5 Mac lalu, Azfendy memfailkan permohohan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 terhadap Deja.
Deja turut hadir bersama Halimatunsa’diah dan rakan baiknya, Dr Azuridah kira-kira pukul 8.50 pagi.
Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan anak.
Sebelum ini Deja mendakwa perkahwinannya dengan Azfendy berantakan dan sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Malah, Deja juga mendedahkan punca sebenar mereka ingin bercerai bukan kerana tidak mempunyai zuriat namun disebabkan kecurangan suaminya itu.
Gempak
Wed May 23 2018
Deja dan Azfendy berkahwin pada 30 Ogos 2008 tanpa dikurniakan anak. - Sumber foto Astro GEMPAK
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?