AKTIVIS kemanusiaan, Mizz Nina mengesahkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkat mereka iaitu Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.
Nina ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi tadi untuk prosiding penarikan balik itu berkata, tiada pertikaian yang sepatutnya berlaku kerana dia mempunyai dokumen yang lengkap sebagai penjaga Musa yang sah.
“Saya hadir ke mahkamah hari ini untuk menghormati prosedur mahkamah dan untuk mengesahkan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang mana tidak tertulis namanya (Noh).
"Jadi, dengan ada dokumen ini bermaksud, tiada pertikaian.
“Saya tegaskan tiada lagi pertikaian sebab ini bukan kes hak penjagaan dan kami mempunyai dokumen pengangkatan yang lengkap,” katanya kepada media.
Tambah Nina, dia mahu Musa dibesarkan dalam persekitaran yang sihat dan juga oleh keluarga yang stabil.
“Musa ada mama dan baba. Dia juga ada keluarga besar, jiran-jiran dan semua orang yang sayangkan dia, persekolahannya. Jadi saya mahu dia dibesarkan dengan cara yang terbaik,” katanya.
Mizz Nina yang mesra disapa sebagai Nina itu hadir bersama suaminya, Essam Muhammad dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat.
Fakhrul berkata, Mizz Nina adalah ibu angkat Musa yang sah, justeru itu tiada isu yang berbangkit kerana kedua-dua kes sudah rasmi ditarik balik.
“Tiada isu apa-apa, seperti siapa yang nak melawat sebagainya. Kami sudah tarik balik kedua-dua kes dan mahkamah sudah benarkan kami untuk menarik balik dan pihak sana menyuarakan mengenai kos pentaksiran. Kos kecil sebab tiada apa tindakan yang diambil setakat ini.
“Hak anak angkat juga sudah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina jadi tiada isu seperti kes hak penjagaan. Ini kes anak angkat bila anak angkat itu sudah diberikan kepada Mizz Nina sepenuhnya jadi tiada siapa boleh melawat.
“Keputusan muktamad adalah kepada ibu anak tersebut yang memutuskan untuk memberi hak penjagaan penuh kepada Mizz Nina,” katanya.
Semalam, pihak Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan balik untuk kes penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.
Fakhrul Azman Abu Hassan berkata tiada proses sulh yang berlaku semalam dan hari ini pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali mengesahkan di hadapan hakim.
Gempak
Tue Feb 06 2024
Mizz Nina hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi ini bersama suaminya, Essam Muhammad, serta peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan dan Mahmud Abdul Jumaat. - Foto Gempak
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.