Kebanyakan artis baharu masa kini tidak mampu bertahan lama disebabkan tidak mempunyai tunjang yang kukuh dalam industri kreatif, kata Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Johan Jaaffar.
Johan, yang juga bekas Pengerusi Media Prima Berhad, berkata insan seni terdahulu mampu bertahan kerana mempunyai asas yang kukuh dan konsisten dalam bidang yang diceburi, termasuk melibatkan diri dalam bidang seni teater.
"Disiplin artis yang tiba-tiba menjadi popular berbeza dengan disiplin artis yang terlatih dalam bidang teater.
"Ini kerana mereka yang terlatih bidang teater mempunyai jangka hayat lama dalam bidang industri kreatif kerana tidak bergantung kepada rupa paras atau lakonan semata-mata," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program CEO @ Faculty Siri Syarahan Tan Sri Johan Jaaffar Jejak Seni-Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad yang diadakan di Auditorium Utama, UPSI di sini hari ini.
Program dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi itu merupakan sebahagian daripada aktiviti CEO @ Faculty Programme yang memaparkan pengalaman luar biasa seorang insan seni yang bermula sebagai penarik tirai bangsawan sehingga menjadi pengerusi syarikat media terbesar negara.
Turut diadakan jualan buku autobiografi Johan iaitu 'Jejak Seni Johan Jaaffar' terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang dijual pada harga RM45 dan RM55 senaskhah.
Sementara itu, Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata jika dilihat daripada sejarah individu yang berjaya dalam dunia seni, hampir kesemuanya bermula dari bawah dan berdepan pelbagai kesusahan sebelum melakar kejayaan besar dalam industri kreatif.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan mahasiswa UPSI agar dapat mengambil inspirasi dan tidak bersikap mengambil mudah dalam semua perkara hanya kerana mahu dilihat hebat dan hidup senang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2017
JOHAN: Disiplin artis yang tiba-tiba menjadi popular berbeza dengan disiplin artis yang terlatih dalam bidang teater.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Fenomena La Niña berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang dan jika berlaku, ia dijangka lemah dan bersifat jangka pendek, menurut Pertubuhan Meteorologi Dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Bakar pentas berang artis tak muncul buat persembahan
Penonton ternyata kecewa kerana tiket konsert berkenaan telah mereka beli sejak enam bulan yang lalu.
Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
FENIX360 perkasa golongan artis melalui revolusi landskap kreatif
FENIX360 mengubah cara artis berhubung dengan penonton, berkolaborasi dengan rakan sekerja, dan mengekalkan kerjaya kreatif mereka.
#GengSubuhMacamJumaat: Bukan kepentingan peribadi, ini perkara paling asas - Alif Satar
Alif tidak merasakan gerakan itu sebagai miliknya secara peribadi, tetapi ia adalah milik setiap individu yang sedang berusaha ke arah memperbaiki diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Temui figura Islam, artis terkenal di Datum Munajat
DCI menganjurkan himpunan figura Islam seperti Habib Nael Ben Taher, Habib Husein Jafar, Syeikh Muhammad Siddiq dan Anas Abu Jaish.
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
'Sudah tiada lagi air mata untuk menangis' - Zaiton Sameon kongsi kisah hidup
Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mendakwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.
Lenjan artis kerja 20 jam...?
PTVM ingin menegur sikap Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang bagaikan tidak memahami masalah sebenar industri.
Perkeso dan Profima meterai MoU, lindungi penggiat seni di bawah SKSPS
Perkeso hari ini memeterai MoU dengan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri
Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.