Tiga tahun berdiam diri, Intan Najuwa tuntut Rizman Ruzaini bayar RM1.3 juta

Intan meminta pereka fesyen itu menyelesaikan jumlah pembayaran RM1.3 juta sebelum 15 Januari 2026. - Gambar Gempak
Selepas sekian lama berdiam diri, pelakon, Datin Intan Najuwa akhirnya membuka mulut berhubung kes saman sivil difailkan suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman terhadap pereka fesyen, Rizman Nordin dan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil mewakili syarikat mereka, Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn. Bhd.
Ringkasan AI
- Datin Intan Najuwa akhirnya menuntut jumlah pembayaran RM1.3 juta daripada pereka fesyen Rizman Nordin dan Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil sebelum 15 Januari 2026.
- Intan menegaskan kenyataan terbuka ini adalah berdasarkan keputusan mahkamah dan tidak melibatkan pihak lain.
- Rizman Ruzaini Creations (M) Sdn. Bhd. enggan memberi komen berhubung hutang yang disebut oleh Intan, dan nama jenama mereka menjadi sebutan dalam isu ini.
Dalam pada itu, Intan juga menegaskan, kenyataan yang dibuat khusus kepada pihak Rizman Ruzaini tanpa melibatkan mana-mana pihak atau pereka fesyen lain.
Sebelum ini, pereka fesyen Rizman Ruzaini enggan memberi sebarang komen apabila dikaitkan sebagai pihak yang berhutang dengan pelakon itu.
Salah seorang pengasas jenama tersebut, Rizman menganggap perkara itu biasa apabila nama mereka menjadi sebutan dalam isu berkaitan.
Menurut Intan, individu berkenaan pada awalnya merayu bantuan kewangan dengan pelbagai janji, namun dikatakan mula mengelak apabila tiba masa untuk melunaskan hutang.
Susulan kenyataan itu, nama jenama fesyen Rizman Ruzaini mula dikaitkan oleh netizen sebagai pihak yang dimaksudkan oleh Intan. - Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


