awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia

Media Hiburan
Media Hiburan
01/12/2023
09:22 MYT
Tiket habis dijual, Afgan teruja jayakan konsert bersama orkestra Malaysia
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional. -Media Hiburan
PENYANYI popular, Afgan teruja apabila bakal menjayakan konsert bersama orkestra Malaysia buat kali pertama di negara ini, pada esok.
Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza berkata, dia memang mahu membuat persembahan istimewa bersama orkestra tempatan kali ini menerusi konsert Afgan Live In Concert With Orchestra di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
“Saya sudah beberapa kali menjayakan konsert di sini dan untuk edisi kali ini memang saya minta supaya ia membabitkan orkestra sebagai pemuzik saya.
“Lebih istimewa ini juga julung kalinya saya diiriingi pemuzik daripada Malaysia dan saya tidak sabar menjayakannya,” katanya dalam sesi bersama media di sini hari ini.
Penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu juga memuji kehebatan kira-kira 25 pemuzik orkestra dari Malaysia yang disifatkan hebat dan profesional.
“Saya memang kagum saat menjalani sesi latihan dengan mereka bila bertemu tadi, walaupun baru dapat nota muzik untuk konsert saya mereka sudah bisa memainkan dengan baik,” katanya.
Sementara itu, Afgan dijangka membawakan 25 buah lagu termasuk lagu nyanyi penyanyi tempatan yang masih dirahsiakan.
Untuk edisi kali ini, dia juga bakal berduet dengan rakan senegaranya Raisa berjudul Percayalah di hadapan kira-kira 3,000 penonton yang dijangka hadir menonton. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#konsert
#Afgan
#orkestra Malaysia
#Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan