Bintang Pop Justin Timberlake memgumumkan tarikh pelancaran album edisi kedua "The 20/20 Experience" dan tarikh jelajah dunianya.

Timberlake yang baru-baru ini muncul dengan album "The 20/20 Experience" akan melancarkan edisi kedua LP pada 30 September.

Artis itu membuat pengumuman 5 Mei lalu dengan mengirim gambarnya di studio melalui akaun Instagram dan Facebook yang tertulis "The 20/20 Experience (2 of 2) Sept. 30".

Penyanyi tersebut mengumumkan tarikh jelajah dunia akan datang di Amerika Utara yang boleh didapati melalui laman web penyanyi berkenaan; kawasan Amerika Utara bermula di Montreal, Kanada dan diakhiri di Omaha, Nebraska pada 10 Februari.

Laman itu tidak mengumumkan tarikh lain jelajah "The 20/20 Experience" dan memberitahu ianya akan dimaklumkan kelak.

Kunjungi justintimberlake.com untuk maklumat lanjut dan tempahan.